Ketahui Cara Paling Mudah Atasi Masalah Kelemumur Pantas Dan Murah

Masalah kelemumur adalah antara masalah rambut yang sering berlaku. Kajian telah menunjukkan bahawa kejadian kelemumur dialami hampir 50% populasi masyarakat. Walaupun kelemumur bukanlah penyakit yang berjangkit atau berbahaya, namun ia masih akan menyebabkan anda berasa malu serta kurang keyakinan diri.
 

 
Bagaimana kelemumur ini boleh berlaku? Kelemumur berpunca daripada beberapa perkara dan antaranya adalah kulit kering yang sering menjadi penyebab yang kerap. Antara punca yang lain adalah penggunaan syampu yang berlebiham dan kulit kepala yang sensitif terhadap produk penjagaan rambut.
 
Kebanyakan rawatan anti-kelemumur sememangnya berkesan untuk menghilangkan pembentukan kepingan kelemumur namun ada di antara rawatan ini mengandungi kesan sampingan di mana sebum akan dikeluarkan dari rambut dan kulit kepala. Ini menjadikan kulit kepala anda lebih cenderung berkuping akibat kekeringan, manakala rambut anda pula mungkin akan kering dan sukar untuk diurus.
 

 
Guardian telah memperkenalkan syampu dan perapi anti-kelemumur kepada rangkaian Trio Oil Organic Botaneco Garden. Syampu dan perapi ini diilhamkan dari alam semula jadi. Jenama Botaneco Garden telah dikonseptualisasikan, dimajukam. dihasilkan dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Rangkaian syampu dan perapi ini sesuai buat anda yang gemarkan syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur.
 

“Trend global yang semakin meningkat bergerak ke arah produk yang lebih lembut dan mesra alam sekitar. Produk ini sering menggunakan bahan mesra alam, berasaskan organik dan mampan. Sudah menjadi satu kebimbangan global untuk mengurangkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta memberi keyakinan terhadap kualiti proses yang dibawa. Dengan Botaneco Garden, Guardian dapat memberikan apa yang diingini oleh pengguna pada harga yang berpatutan dengna jaminan produk yang diuji secara dermatologi dan terbukti dengan kualiti, bahan yang terjamin eko,” Alfonso Roderos- Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd

 

 
Produk di bawah jenama Botaneco Garden mempunyai empat kategori iaitu:

  • Inca Inchi- Menggunakan minyak Inca Inchi dan Aloe Vera (lidah buaya) sebagai bahan utama.
  • Rangkaian Premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik,
  • Rangkaian Botaneco Garden Baby- Menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan;
  • dan rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang terjamin eko- Babassu, Baobab dan Chufa.

 

 
Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin dan DEA untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut dan juga alam sekitar.
 
Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai lima pelembap- tiga minyak utama dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus untuk rambut dan kulit. Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden telah diperkaya dengan jojoba dan minyak kelapa.
 

  • Minyak Jojoba- Digunakan untuk rambut di Amerika Latin dan rawant kecantikan sebagai perapi kulit dan rambut. Ia terkenal dengan penyerapan yang cepat.
  • Minyak Kelapa- Mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan rambut dengan baik. Digunakan secara tradisional untuk kulit dan perapian rambut dan untuk mengurangkan tanda kelemumur dengan mengurangkan keadaaan kulit kering.

 
Ciri minyak pokok teh pula telah dikaji dan diuji dalam ujian makmal untuk keberkesanannya dalam mengurangkan pembentukan kelemumur, dan memperbaiki keadaan kulit kepala dan rambut manakala pudina mengandungi mentol, selenium dan zink yang akan dibuktikan sebagai bahan anti empingan.
 

 

“Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ambil perhatian bahawa ianya tidak boleh sembuh tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian dari rangkaian penjagaan rambut anti-kelemumur yang lembut dan diilhamkan daripada alam semula jadi seperti syampu dan perapi Anti- Kelemumur Trio Oil Organic Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, sambil menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus. Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian, dengan rangkaian anti-kelemumur yang sedia ada jika keadaan itu kembali,” Michelle Yeap- Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan.

 
Anda boleh mendapatkan syampu dan perapi Anti- Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil yang berharga RM19.90 setiap satu dan ia boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-store Guardian

The post Ketahui Cara Paling Mudah Atasi Masalah Kelemumur Pantas Dan Murah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment