Legenda Bola Sepak Ronaldinho Luah Hasrat Bermain Dalam Liga Malaysia Percuma. Biar Betul?!

Nama Ronaldinho tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat sukan bola sepak antarabangsa.Pemain kelahiran Brazil ini mempunyai ketangkasan di padang dan boleh digelar salah seorang legenda dalam sukan nombor satu dunia itu.

Kenyataan terbarunya yang mempunyai hubungkait secara langsung dengan Malaysia membuatkan ramai terkejut dan langsung tidak akan menyangkakan apa yang keluar dari mulutnya itu.

Mahu main di Malaysia percuma

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-German (PSG) ini meluahkan minatnya untuk bermain dalam Liga Malaysia tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Bintang berusia 37 tahun ini berkata demikian kerana menurutnya rakyat Malaysia menunjukkan minat mendalam terhadap bola sepak.

Sebenarnya saya tidak bergurau. Saya nak bermain di Malaysia. Orang-orang sini sangat menyukai bola dan saya amat yakin mereka akan layan saya dengan baik.

Sertai jelajah trofi UEFA

Mungkin saya akan bermain di sini secara percuma.

Ronaldinho membuat kenyataan itu di depan wartawan dalam satu sidang media selepas pelancaran jelajah trofi Liga Juara-Juara UEFA di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Sekitar 400 peminat bola sepak membanjiri kawasan itu untuk melihat bintang itu lebih dekat dan mengambil selfie dengannya.

Sumber: Free Malaysia Today

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment