Kerana Orang Ketiga, Ain Edruce Dikecewakan Buat Kali Kedua?

Cinta yang kembali kian memutik seakan tercalar semula pabila Ardiansyah menerima satu panggilan yang mana membuatkan memori lalu terimbas serta merta di fikiran Melissa yang pernah disakiti sebelum ini. Adakah mereka akan meneruskan perhubungan baru ini atau hentikan selamanya?

 

 

Adriansyah sedar perubahan wajah Melissa selepas dia menerima panggilan daripada ibunya. Mereka berpisah lima tahun lalu kerana hubungan mereka tidak mendapat restu sang ibu. Ardiansyah patuh dengan perintah ibunya tetapi dia mengambil keputusan menjauh ke Jakarta. Selepas berpisah dengan ayahnya, ibu Adriansyah kembali pulang ke Malaysia.

 

Bagi Melissa, dia menyesal berlembut hati menerima undangan Ardiansyah. Panggilan telefon ibu elaki itu seolah-olah isyarat atau peringatan pada dirinya. Melissa tidak mahu terluka buat kali kedua. Dia tidak lagi melayan panggilan Ardiansyah. Sehinggalah Ardiansyah terpaksa menunggunya di luar bangunan. Mereka bersemuka dan Melissa berkeras undur diri.

 

Tonton video penuh Episod 3 Inspirasi Cinta : Aku Untuk Kamu di bawah. Untuk kesemua episod, sila layari www.inspirasi-cinta.com.

 

 

*Blu Inc Media Sdn. Bhd membawakan kepada anda pameran pengantin Inspirasi Cinta bermula 9 April nanti sehingga 22 April di Pavilion Kuala Lumpur. Sejajar dengan itu, enam majalah di bawah satu bumbung Blu Inc Media termasuklah EH!, GLAM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, COSMOPOLITAN dan Jelita mempersembahkan kisah cinta mini drama gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce yang mempunyai 4 episod kesemuanya.

 

 

The post Kerana Orang Ketiga, Ain Edruce Dikecewakan Buat Kali Kedua? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment