Adakah Anda Wanita Melayu Yang Dicari?

Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam kini kembali buat kali kelima yang terbuka buat semua gadis Melayu di sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018.

 

 

Kali ini, ia turut membuka peluang untuk wanita bertubuh “Curvy” untuk turut sama menyertai mencuba nasib. Anda boleh turut serta menerusi penyertaan atas talian yang sudah bermula sejak Januari 2018 lagi menerusi laman web www.plazashahalam.com

 

Sesi ujibakat akan diadakan pada 7 April 2017 ini di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi untuk sesi pertama manakala jam 2 petang untuk sesi kedua. Peserta akan dinilai berdasarkan sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat masing-masing. Bukan itu sahaja, malah peserta turut akan diajukan beberapa soalan oleh juri yang terpilih untuk melihat keupayaan serta kebolehan peserta kala menjawab soalan dengan spontan mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.

 

Sepanjang tempoh Pencarian Wanita Melayu 2018 ini diadakan, tagline “MALAY GIRLS RULE!” akan digunakan untuk menghangatkan pencarian ini. Buat 12 finalis yang terpilih, bakal ada sesi mentor bersama empat mentor dari pemenang Pencarian Wanita Melayu sebelum ini termasuklah Ashira Kaseh (Pemenang tahun 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016), Hazwan Zaini (2016) dan Nurul Ain (2017).

 

 

Mentor-mentor ini akan mengendalikan tiga orang finalis setiap seorang. Dari situ mentor akan membentuk personaliti, keyakinan serta imej finalis tersebut untuk menjadi wanita Melayu menerusi beberapa aktiviti yang dirancangkan termasuklah kelas solekan, pertandingan memasak dan aktiviti luar riadah sebelum mereka memasuki sesi akhir.

 

Berikut adalah jadual untuk Pencarian Wanita Melayu 2018.

 

 

 

Tarikh

 

 

Tentatif Pencarian Wanita Melayu 2018

 

5 April

 

Sidang Media Pencarian Wanita Melayu 2018

 

 

7 April

 

Sesi Uji Bakat PWM2018

 

 

21 April

 

 

Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018

 

 

22 April

 

 

Sesi Mentor

–          Rock Climbing

–          Kelas Etika

–          Perundingan Imej & Sesi fitting acara final

–          Sesi fotografi finalis PWM2018

 

 

23 April

 

 

Kelas Solekan bersama ELIANTO

Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley

 

 

 

25 April

 

 

Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

 

 

26 April

 

 

Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza

Lokasi: Plaza Shah Alam

 

 

28 April

 

 

Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018

Lokasi: Plaza Shah Alam

Masa: 2 – 5 Petang

 

 

Yang lebih mengujakan nanti adalah buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu akan membawa pengacara lelaki untuk acara separuh akhir dan acara kemuncak nanti iaitu Karl Shafek. Bahkan, Ismail Izzani penyanyi muda yang kian melonjak naik juga turut diundang untuk membuat persembahan di acara kemuncak itu nanti yang akan berlangsung pada 28 April nanti.

 

The post Adakah Anda Wanita Melayu Yang Dicari? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment