DoubleTree Resort By Hilton Pulau Pinang Tawarkan Percutian Mendamaikan Bersama Keluarga

Berada di hotel atau resort yang murah dengan senyuman dan sapaan mesra pastinya akan membuatkan percutian anda sekeluarga lebih mendamaikan.
 

 
Mula menerima tetamu pada 1 Januari 2018, DoubleTree Resort By Hilton di Pulau Pinang adalah resort DoubleTree By Hilton yang pertama di Malaysia serta menjadi hotel ke-50 cawangan ini yang dibuka di Asia Pasifik. Pembukaan resort ini juga adalah penambahan kepada empat hotel jenama DoubleTree By Hilton yang sebelum ini telah dibuka di beberapa destinasi utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Melaka.
 
Jelita telah berkesempatan untuk mencuba pengalaman menginap di resort DoubleTree By Hilton yang terletak di Batu Ferringhi pada 21 Mac sehingga 23 Mac 2018. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke lobi resort, karyawan resort telah menyambut pihak media dengan senyuman mesra dan kami turut diberikan biskut coklat istimewa daripada pihak resort. Biskut istimewa ini akan disediakan khas buat pengunjung yang tiba di resort ini.
 
Bilik Penginapan

DoubleTree Resort By Hilton turut menyediakan 316 bilik yang pelbagai untuk memenuhi keperluan setiap pengunjung yang datang berkunjung ke resort tersebut. Bilik yang besar ini turut dilengkapi dengan katil Sweet Dreams by DoubleTree yang selesa dan ia sesuai bagi ahli perniagaan yang datang sendirian dan juga untuk keluarga yang mempunyai jumlah yang ramai.
 

 
Menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan seperti Guest Room, Deluxe, Family dan Suite yang mempunyai permandangan yang berbeza sama ada permandangan laut sepenuhnya atau hanya separuh sahaja dan anda boleh bersantai di bahagian balkoni di luar bilik.
 

 
Jika anda merancang untuk bercuti bersama ahli keluarga yang ramai, anda boleh memilih Twin Room yang menawarkan dua katil bujang dan juga katil sofa untuk ahli keluarga yang lain. Setiap bilik turut dilengkapi dengan sensor bergerak di mana lampu, suis dan penghawa dingin akan dihidupkan secara automatik setiap kali anda melangkah masuk ke dalam bilik tersebut tanpa perlu menggunakan kad kunci.
 
Anda juga boleh meninggalkan komputer riba untuk dicaj tanpa perlu risau suis akan mati sebaik sahaja anda melangkah keluar dari bilik anda. Ini kerana suis akan sentiasa hidup walaupun anda tiada di dalam bilik.
 

 
Pelbagai Kemudahan Disediakan

Pihak media juga tidak ketinggalan untuk mencuba makanan yang disediakan di Restoran Makan Kitchen yang terletak di tingkat LG (Lower Gound). Menariknya restoran Makan Kitchen yang beroperasi sepanjang hari ini menyediakan pelbagai makanan Malaysia seperti makanan Melayu, Cina, India, Peranakan dan makanan tempatan yang lain untuk anda pilih. Pastinya anda akan rambang mata melihat makanan yang disediakan.  Selain itu, terdapat juga bahagian untuk anak anda memilih makanan kegemaran mereka.
 

 
Selain daripada makanan yang enak, restoran ini juga terletak berhadapan dengan kolam renang dan ia juga menghadap permandangan laut yang pastinya akan membuatkan sesi makan anda lebih tenang dan damai. Jika anda inginkan makanan ringan seperti sandwic atau pastri, anda boleh dapatkannya di The Food Store dan jika anda ingin bersantai di malam hari dengan snek ringan, anda boleh dapatkannya di Axis Lounge yang terletak di bahagian lobi resort.
 

 
Keseronokkan menginap di resort tidak lengkap jika tidak ada kolam renang untuk anda bersantai bersama keluarga. Kolam renang terletak di tingkat bawah berhadapan dengan restoran Makan Kitchen. Kolam renang seluas 350 meter persegi ini turut dilengkapi dengan pantai tiruan. Bersebelahannya pula terdapat kolam renang untuk kanak-kanak.
 

 
Selain itu, resort ini turut menyediakan Kids Wet Play Area yang terletak di sebelah kanan restoran Makan Kitchen. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anak anda sepanjang penginapan anda di resort ini. Antaranya adalah Kids Club yang dibina khas buat anak anda dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh mereka lalukan sementara anda menikmati percutian berdua bersama pasangan.
 
Resort ini juga turut menyediakan kemudahan kelab kesihatan dan spa. Jika anda ingin mengadakan majlis kecil, terdapat tiga function room disediakan iaitu Ferringhi I, Ferringhi II dan Ferringhi III dan juga Esplanade Ballroom untuk acara yang besar.
 
The Spacation

Sepanjang penulis Jelita berada di sana, kami telah diberi kesempatan untuk mencuba salah satu rawatan spa yang disediakan di The Spacation di DoubleTree Resort, Pulau Pinang yang terletak di tingkat satu.
 

 
Rawatan yang kami cuba adalah Herbal Hot Compress Massage atau rawatan buang angin. Sebelum rawatan dimulakan, kami diberikan penerangan tentang rawatan yang dipilih. Kami juga diminta untuk mengisi borang di mana kami perlu mengisi maklumat kesihatan kami. Kami juga boleh memilih bahagian badan yang ingin diberikan perhatian dan bahagian badan yang tidak ingin disentuh.
 
Kami juga diberi pilihan untuk memilih bau aromaterapi yang diinginkan dan setelah mencuba, kami membuat keputusan untuk memilih bau serai untuk aromaterapi kami. Rawatan dimulakan dengan urutan seluruh badan oleh pengurut yang professional. Kemudian, badan dituam dengan menggunakan kantung yang terdiri daripada ramuan herba dan rempah yang dikukus dalam air panas.
 
Keseluruhan rawatan ini mengambil masa selama satu jam setengah. Rawatan ini baik untuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan sakit belakang, melegakan otot yang tegang. Pakej rawatan ini juga turut disyorkan kepada anda yang menghidapi selesema dan juga bagi anda yang mempunyai angin dalam badan.
 
Anda juga boleh mencuba beberapa pakej rawatan spa yang lain dan mereka juga turut menyediakan pakej rawatan spa untuk pengantin baru. Jadi, jika anda ingin mencuba rawatan spa di The Spacation, anda boleh berkunjung di DoubleTree Resort By Hilton di Pulau Pinang.
 
TeddyVille Museum

Jika anda adalah peminat patung beruang, TeddyVille Museum pasti akan menjadi tarikan kegemaran anda. Ia adalah satu-satunya muzium patung beruang di Malaysia. Ia menampilkan koleksi patung beruang yang dijahit dengan tangan. Anda juga boleh memperlihatkan budaya rakyat Malaysia yang ditampilkan oleh patung beruang ini.
 

 
Muzium ini terletak di dalam resort itu sendiri di bahagian lobi. Anda juga boleh membeli-belah di kedai cenderahati sebaik sahaja anda selesai melawati muzium comel ini.
 

 
Untuk lebih info lanjut, anda boleh layari DoubleTree Resort By Hilton, Pulau Pinang.

The post DoubleTree Resort By Hilton Pulau Pinang Tawarkan Percutian Mendamaikan Bersama Keluarga appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment