Bayi Meraung Semasa Main Bersama Abang, Bila Diperiksa Rupanya Tertelan Bateri Laser

Saiz bateri kecil sebesar wang syiling 10 sen mampu mengundang bahaya terhadap bayi. Kes ini telah kerap berlaku atas kecuaian penjagaan ibu bapa terhadap anak. Hal ini boleh mengundang kepada punca kematian kanak-kanak di usia muda. Ibu bapa berperanan untuk memantau setiap aktiviti anak dari berlakunya sesuatu di luar jangkaan.

Pengguna Facebook, Norkhairunnisah Aziz berkongsi kisah seorang ibu yang panik menghadapi situasi bayinya menelan seketul bateri lazer sebesar syiling 10 sen. Bateri berkenaan mula cair dan kehitaman di dalam perut. Ini juga boleh mengundang risiko berbahaya buat kanak-kanak tersebut.

Tertelan bateri lazer

Didapati bayi berkenaan bermain sebatang lazer yang diberikan oleh abangnya sementara ibu sedang menyediakan juadah. Bayi itu telah mengigit lazer dan memasukkan ke dalam mulut sehingga mengakibatkan bontot lazer tercabut.

Bayi itu telah memasukkan sebiji bateri ke dalam mulut dan meraung akibat kesakitan yang menelan bateri tersebut.

Perlu menjalani pembedahan buka perut

Bateri akan mula cair dalam perut

Iktibar buat ibu bapa

Jangan ambil ringan terhadap setiap aktiviti anak kecil. Mereka masih lagi memerlukan pantauan ibu dan ayah setiap masa. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar buat semua ibu ayah dan menjauhi alat permainan kecil yang berisiko mengundang bahaya.

Credit: Norkhairunnisah Aziz

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment