Sambal goreng kering menjadi trend masa kini. Ia mudah dimasak, selain menjadi pelengkap dan pembangkit selera kala menjamu apa juadah sekalipun.
Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan makanan yang pedas dan membuka selera seperti sambal goreng kering. Sambal kering bukan saja dinikmati bersama nasi putih, tetapi biasa juga digandingkan dengan bubur nasi, roti atau enak diratah begitu saja. Walaupun bahan yang digunakan agak minimum, tetapi rasanya tetap enak dan jika kena cara penyediaanya, sambal jenis ini dapat bertahan lama serta boleh dibawa ke luar negara ketika melancong ataupun menunaikan ibadah Haji di Mekah. Sambal kering jenis ini juga sesuai untuk dijadikan bekalan buat pelajar asrama yang rindukan masakan rumah.
Tip untuk Sambal Kering Tahan Lama
Walaupun betul-betul mengikut resipi yang diberikan, kenapa ada di kalangan kita yang gagal menyediakan sambal enak dan ia juga tidak tahan lama? Berikut adalah enam tip untuk mengekalkan ketahanan sambal kering yang mesti anda jadikan sebagai panduan untuk mendapatkan hasil terbaik:
- Sebelum mula membuat sambal, sediakan bekas kedap udara yang sesuai untuk menyimpan sambal. Pastikan kelengkapan dapur yang akan digunakan seperti pengisar, lesung batu dan pisau berada dalam keadaan bersih kerana sisa makanan atau kotoran boleh menjadi tempat kuman membiak yang akan mengakibatkan sambal tidak tahan lama.
- Kisar bahan menggunakan sedikit minyak masak sahaja, bukannya air. Boleh juga ditumbuk cili kering hingga lumat.
- Tumis bahan kisar hingga kering dan pecah minyak. Bahan tumisan yang tidak kering membuatkan sambal tidak tahan lama, mudah berkulat serta berubah rasa dan aroma.
- Guna ikan bilis yang berkualiti, begitu juga bawang dan juga cili kering.
- Setelah sambal benar-benar masak, matikan api dapur dan tunggu hingga sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
- Ketika mencedok sambal, gunakan sudu yang bersih. Jangan guna sudu basah ataupun yang telah digunakan untuk makanan lain kerana bakteria daripada udara dan bahan makanan lain boleh mengakibatkan sambal tersebut berkulat.
The post Rahsia Sambal Kering Tahan Lama appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment