Putera Harry Dikritik Kakak Tiri Meghan Markle

Sepertinya kisah cinta antara Putera Harry dan Meghan Markle masih banyak halangannya. Sebelum ini, Meghan Markle telah berdepan dengan isu perkauman di majlis pre-Krismas yang telah dianjurkan oleh Ratu Elizabeth. Kini, Putera Harry pula telah menerima kritikan daripada kakak tiri Meghan, Samantha Grant.
 

 
Samantha Grant berkongsi bapa yang sama dengan bintang drama “Suits” itu telah menghentam Putera Harry di akaun Twitter miliknya selepas putera itu membuat kenyataan mengenai sambutan perayaan Krismas keluarganya bersama dengan tunangnya. Meghan Markle.
 
Dalam satu temu bual bersama BBC Radio 4, Putera Harry telah mengeluarkan kenyataan;
 

“There’s always that family part of Christmas [where] there’s always that work element there as well, and I think together we had an amazing time… [Meghan’s] getting in there and it’s the family I suppose that she’s never had.”

 
Kenyataan itu telah dihentam oleh Samantha Grant di laman sosial media miliknya;
 

Actually she has a large family who were always there with her and for her. Our household has very normal and when dad and Doria divorced, we all made it so it was like she had two houses. No one was estranged, she was just too busy. Read my book complete with facts and photos – Samantha Markle (@SamanthaMGrant) Disember 27, 2017

She has a large family. She always did. Our dad is amazing and completely self sacrificing. We made it so that she had two houses. How fun it was!- Samantha Markle (@SamanthaMGrant) Disember 27, 2017

 
Tambah Grant lagi, keluarga mereka adalah keluarga yang normal dan apabila ibu Meghan, Doria dan bapa mereka, Tom Markle bercerai, mereka sentiasa pastikan dia (Meghan) rasa seperti dia mempunyai dua keluarga.
 
Grant turut menyatakan bahawa keluarga mereka lengkap dengan kakak, abang, makcik, pakcik, sepupu dan juga ayah yang sentiasa bekorban untuk keluarga ini. Meghan akan sentiasa mempunyai keluarga ini dan berkahwin cuma akan menambahkan bilangan ahli keluarganya.
 
Grant turut menegaskan bahawa tiada siapa yang rasa terasing namun Meghan yang terlalu sibuk untuk menghabiskan masa bersama keluarga mereka.
 

 
Sepanjang musim percutian yang lalu, Putera Harry dan Meghan telah menghabiskan masa mereka bersama Putera William dan isterinya, Kate Middleton.
 
Ibu Meghan, Doria Ragland dan bapanya, Tom Markle bercerai pada tahun 1987 ketika pelakon itu berusian lapan tahun.
 
Selain Grant, Meghan juga mempunyai seorang abang tiri, Thomas Markle Grant Jr. Meghan dikatakan tidak begitu rapat dengna kakaknya dan Samantha Grant pula sering memberitahu umum tentang masa silamnya membesar bersama Meghan Markle.
 
Sebelum ini Grant pernah berkata buruk tentang Meghan dengan berkata;

“Hollywood telah mengubahnya, saya fikir impiannya adalah untuk menjadi seorang puteri… Kebenaran akan membunuh hubungannya bersama Putera Harry,”- Samantha Grant

Meghan Markle dan Putera Harry dijangka akan berkahwin pada 19 Mei ini di Gereja St. George di Windsot Castle.
 
Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada 27 November lalu dan Putera Harry telah melamar dengan menggunakan cincin yang direkanya sendiri terdiri daripada dua berlian daripada koleksi barang kemas mendiang Puteri Diana. Perhiasan utama menggunakan batu yang berasal dari Botswana.
 

 
Pasangan ini bertemu selepas mereka dipertemukan melalui temu janji oleh rakan mereka pada Julai 2016.

The post Putera Harry Dikritik Kakak Tiri Meghan Markle appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment