Ibu…ratu hati anak-anak. Dia menjadi insan yang sering kita kunjungi tatkala dilanda sepi. Tempat kita mengadu, bermanja. Membahagiakan hatinya menjadi impian setiap anak. Siapa yang tidak mahu melihat ibu kita bahagia bukan?
Begitu agung cintanya, perkongsian seorang anak, Faizal Faiz Farish yang cuba ‘mengusik’ manja ibunya sempena ulang tahun kelahiran ke-57 baru baru ini tular di ruangan media sosial. Faizal yang membuat perancangan awal untuk memberikan kejutan buat ibunya dengan berpura-pura sakit membuatkan netizen tersentuh dengan caranya itu.
Cinta terindah
Dalam video itu, Faizal yang berpura-pura sakit sehingga muntah darah telah menjadikan ibunya itu panik dan tidak tentu arah. Tika Erat dipegang ibu, Faiz menoleh ketawa pada ibunya yang kelihatan terkejut sambil menghadiakan seutas jam tangan sebagai tanda kasih sayangnya. Lega wajah ibu bila dapat tahu kena ‘prank’.
Video viral tersebut telah meraih hampir 800 ribu tontonan yang dikongsi sebanyak 11,000 oleh netizen yang rata-rata tersentuh dengan pemaparan ibu dan anak itu.
Sebak, so touching
Malah, ia turut mendapat perhatian pelakon, Mustapha Kamal yang memetik kisah tersebut di laman Facebooknya untuk tontonan umum.
Admin pun sebak tengok. Kami di OhBulan! mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu Faizal, semoga dipanjangkan umur dan bahagia di samping keluarga dunia akhirat. Korang yang nak buat ‘prank’ macam ini kat ibu korang, fikir dulu, takut kena marah. Hehe
Sumber: Faizal Faiz Farish
0 comments :
Post a Comment