Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Minum Petang? Ini 6 Resipi Mudah Korang Boleh Cuba

Seiring dengan zaman yang serba maju pada hari ini, terdapat pelbagai jenis snek atau kudapan hipster yang ada di pasaran. Namun, bagi penggemar kuih tradisional, kuih asli Melayu pasti menjadi pilihan utama untuk minum petang bersama seisi keluarga.

Kali ini, kami nak kongsi 6 resipi mudah dan menyelerakan untuk dijadikan snek minum petang ataupun sarapan pagi. Resipi kali ini memang senang, sedap pula tu!

Kuih Gulung Berlauk

Sebelum ini kita selalu dengar Kuih Cara Berlauk sahaja kan? Kali ini apa kata korang cuba resipi Kuih Gulung Berlauk ini pula, isinya yang pelbagai membuatkan ramai menggemari kuih seperti ini. Korang juga boleh variasikan resipi ini ikut citarasa sendiri, nak letak lauk banyak mana pun boleh!

Resipi penuh : http://ift.tt/2z3bnku

Bergedil Ayam

Kebiasaannya, bergedil dijadikan sebagai lauk tambahan dan sesuai dimakan bersama soto. Namun, ada juga yang makan begitu sahaja. Agak sukar rasanya nak cari bergedil yang sedap dengan bahan yang banyak kan? Nah ini resipi ringkas dan mudah untuk bergedil ayam. Pasti sedap!

Resipi penuh : http://ift.tt/2z2Pth6

Samosa

Samosa merupakan salah satu hidangan minum petang yang digemari ramai, kalau jumpa mesti wajib beli kan? Kuih ini sangat sesuai dimakan bersama teh panas ataupun kopi.

Resipi penuh : http://ift.tt/2z1bNYx

Bergedel Tauhu

Mungkin sebelum ini korang pernah makan tauhu bakar sahaja kan? Apa kata kali ini korang variasikan resipi tauhu ini dengan bergedil pula. Admin dah cuba, memang sedap!

Resipi penuh : http://ift.tt/2z1U5UR

Serunding Cheese Roll

Gabungan cheese dan serunding ini pasti menjadikan hidangan korang lain dari yang lain. Dahlah sedap, senang pula tu. Guna 5 bahan ringkas je!

Resipi penuh : http://ift.tt/2z38T5q

Bubur Candil

Akhir sekali, pencuci mulut ‘Bubur Candil’ ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga. Rasanya yang berlemak santan memang memenuhi citarasa semua golongan. Lebih-lebih lagi jika dimakan semasa sejuk. Memang terangkat!

Resipi penuh : http://ift.tt/2z1ErIR

sumber : myresipi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment