Rancangan Realiti ‘Say Yes To The Dress Asia’ Bakal Tayang 24 November Ini Di TLC

Rancangan realiti ‘Say Yes to the Dress’ bakal ditayangkan pada 24 November pada jam 9 malam di TLC (Saluran Astro 707). Rancangan ini akan dihoskan oleh pereke fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan pengacara televisyen dan juga pelakon, Daphne Iking.
 

 
Memulakan penggambaran di sekitar Lembah Klang, Malaysia, rancangan realiti ini menampilkan situasi di sebalik tabir dang mengungkap perjalanan menyentuh hati setiap pengantin dalam mencari busana pengantin yang sempurna. Dengan kerjasama pakar dalam bidang perkahwinan, ‘Say Yes To The Dress Asia’ akan menampilkan emosi dan drama pengantin dan ahli keluarga dalam menyempurnakan busana pengantin impian.
 
Impian bagi semua pengantin perempuan adalah untuk mencari busana pengantin yang diimpikan dan untuk memenuhi impian tersebut, ‘Say Yes To The Dress Asia’ telah menetapkan set di dalam sebuah butik pop up yang memiliki gaun pengantin dari seluruh Asia, dalam semua gaya dan saiz yang sesuai untuk semua bentuk badan pengantin dan juga tema perkahwinan mereka.
 
‘Say Yes To The Dress Asia’ menampilkan lima pasangan pengantin yang mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Antaranya adalah pengantin perempuan yang merancang untuk mengadakan perkahwinan Melayu dengan sentuhan barat dan mencari gaun yang sesuai dengan bentuk tubuhnya manakala pengantin kedua pula sedang bergelut untuk mengadakan majlis perkahwinan impiannya tanpa mengecewakan ibu mentuanya.
 
Antara kisah yang lain adalah tentang seorang pengantin perempuan yang datang ke butik untuk mencari gaun pengantin bersama tiga pengapitnya dan juga kisah menyentuh hati seorang anak yatim (pengantin perempuan) yang pernah didera sewaktu kecil kini telah menemukan kebahagiannya. Akhir sekali, kisah pengantin perempuan yang ingin memenuhi hasrat terakhir ibunya untuk mengadakan upacara perkahwinan Kadazan.
 
Diterbitkan oleh Endemol Shine Asia, ‘Say Yes to the Dress Asia’ akan ditayangkan pada 24 November ini pada jam 9 malam di saluran TLC (saluran Astro 707). Layari  Facebook, Instagram dan laman web TLC untuk lebih maklumat lanjut.

The post Rancangan Realiti ‘Say Yes To The Dress Asia’ Bakal Tayang 24 November Ini Di TLC appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment