‘Netizen Tidak Hargai Usaha Saya’ – Sering Dikritik Netizen, Neelofa Luah Rasa Kecewa?

Neelofa merupakan antara selebriti yang sering menjadi perhatian netizen. Selain berjaya dalam industri seni, dia juga merupakan usahawan tudung yang terkenal. Tidak hairanlah, Forbes meletakkan Neelofa sebagai 30 ikon paling berjaya di Asia.

Baru baru ini, Neelofa terpilih menghadiri majlis Swarovski di Milan, Italy. Majlis berprestij itu hanya dihadiri oleh 100 orang tetamu dan Neelofa antara yang terpilih. Namun, fesyennya mendapat kritikan dan kecaman. Menerusi Harian Metro, Neelofa meluahkan rasa kecewa terhadap netizen.

Besarnya kuasa sehelai tudung

Saya tidak pernah terlintas dan tidak akan sesekali membuka tudung. Ia membawa kepada siapa saya sekarang dan banyak perubahan besar berlaku dalam hidup. Apa tidaknya, ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi antara speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka.

Saya juga pernah bertanya kepada Swarovski, kenapa mereka mahukan saya? Mereka mengatakan saya mewakili wanita Muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza. Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta bercakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai tudung.

Menerusi laporan Harian Metro, Neelofa meluahkan rasa syukur selepas berhijab kerana banyak perubahan besar yang berlaku dalam hidupnya. Kejayaan demi kejayaan berjaya diraihnya sehingga membawa nama Malaysia ke luar negara.

Sedih netizen kecam

Saya sedih apabila netizen yang mengecam ini langsung tidak menghargai dan melihat usaha dalam memecahkan tembok wanita berhijab di Malaysia menghadiri forum ini. Saya cuba mengubah streotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Malangnya apa yang mereka nampak semuanya negatif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dengan penampilan saya waktu itu.

Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak menghukum wanita bertudung. Mereka sangat terbuka dengan penampilan saya dan menghormati saya sebagai seorang wanita Islam.

Dia juga akui gemar bereksperimentasi dengan gaya penampilannya supaya mengikut trend terkini. Walau bagaimanapun, dia sedih apabila penampilannya dengan gaya tudung moden ketika menghadiri Minggu Fesyen Swarovski di Milan, Itali itu teruk menjadi kecaman netizen.

Gemar eksperimen gaya tersendiri

Apabila menyentuh mengenai fesyen, saya akui gemar bereksperimentasi dan setiap gaya yang diterjemahkan perlulah mengikut batas yang perlu dipatuhi. Jika dulu wanita takut dan tidak berani mengenakan tudung dan sering memberikan pelbagai alasan.

Sekarang saya percaya dengan penampilan bertudung saya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mengubah perspektif mereka terhadap wanita bertudung. Saya percaya mereka yang mengkritik tidak tahu mengenai fesyen baru. Jadi, saya perlu beri mereka ruang untuk mengetahui gaya fesyen terkini dan lambat-laun mereka pasti dapat menerimanya.

Tambahan, Neelofa percaya bahawa netizen yang mengkritik mengenai fesyennya itu adalah seorang yang tidak tahu mengenai fesyen baru.

Apa apa pun kami di OhBulan! sentiasa mendoakan kejayaan Neelofa. Selamat maju jaya!

Sumber : Harian Metro

 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment