Neelofa Duta Lancome Malaysia Pertama

Neelofa mencipta sejarah peribadi pabila dilantik menjadi jurucakap rasmi Lancome Malaysia hari ini.

 

 

Neelofa kini mempunyai persamaan dengan nama-nama besar seperti Kate Winslet, Julia Roberts, Penelope Cruz, Lily Collins, Lupita Nyong’o dan Taylor Hill. Apakah persamaannya? Kesemua nama-nama yang disebutkan tadi adalah wajah atau jurucakap kepada jenama kecantikan dari Paris, Lancome.

 

Tambah manis, Neelofa memecah tradisi Lancome Malaysia yang sebelum ini lebih senang menggunakan wajah antarabangsa sebagai bintang jenamanya di Malaysia. Menurut orang kuat lancome Malaysia, Neelofa melambangkan wanita hari ini di Malaysia. Menerusi daya keusahawanan dan pemikirannya yang luar biasa, peribadi dan budi pekerti yang menawan serta gaya hidup moden, muncul sifat kewanitaan yang sempurna dan bertepatan dengan nilai-nilai Lancôme.

 

Processed with VSCO with c1 preset

 

Bagi Lancome, wanita yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 ini melambangkan suara dan wajah Lancôme Malaysia. Seseorang yang cukup dekat dihati wanita. dia membiaskan imej Lancôme kerana kecantikan, kenyakinan dan keserian yang dimilikinya cukup universal dan pada masa yang sama dia kekal moden dan masih merendah diri.

 

Neelofa yang baru pulang dari Milan minggu lalu, menyatakan kerjasamanya dengan Lancome sudah lama terjalin. Lancome sebelum ini pernah menjadi jenama alat solek rasmi untuk pertunjukkan fesyen himpunan tudung Naelofar. Dari situ persefahaman antara dia dan Lancome mula dibina.

 

Processed with VSCO with c1 preset

 

Di majlis pengumuman ini turut ditayangkan iklan komersial Neelofa untuk Lancome yang mengetengahkan serum ikonik mereka, Advanced Génifique.

The post Neelofa Duta Lancome Malaysia Pertama appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment