Setiap wanita idamkan badan bertubuh langsing dan menawan seperti Kareena Kapoor. Ternyata bentuk badan yang dimiliki bintang Bollywood ini adalah kerana peraturan diet yang diamalkannya. Jelita kongsikan lima tip diet Kareena Kapoor semasa dan selepas hamil.
Pelakon jelita ini baharu sahaja menikmati perasaan bahagia menjadi seorang ibu buat pertama kali. Menurut pakar diet dan pemakanan, Rujuta Diwekar yang menjaga diet yang diamalkan isteri kepada pelakon Bollywood, Saif Ali Khan itu, Kareena pernah mengaku yang berat badannya meningkat sebanyak 18 kg ketika mengandungkan anak lelakinya, Taimur Ali Khan Pataudi.
Bagaimanapun, aktres ini tetap kelihatan menawan. Bahkan, dia juga memulakan trend fesyen baru untuk wanita hamil di India. Kareena berjaya membuktikan bagaimana dia boleh kelihatan cantik menawan walaupu dia sedang sarat hamil sebelum ini. Bahkan bukan sahaja ketika sedang hamil, Kareena juga turut tampak cantik langsing selepas bersalin dan begini cara aktres jelita ini mengekalkan bentuk badannya.
Pemakanan yang betul adalah kunci yang utama.
“Saya seronok ketika sedang hamil. Saya mengamalkan pemakanan yang betul. Ketika sedang hamil saya turut mengambil ghee, semua jenis paratha dan piza. Saya makan semuanya. Rujuta pernah memberitahu saya supaya tidak berkompromi. Makan sedikit, setiap dua hingga tiga jam, yang mana ia terjadi secara semula jadi. Tetapi sekarang ini keadaan sudah berbeza.” – Kareena Kapoor.
Produk tenusu adalah penting ketika hamil
Tahukah anda bahawa anda akan kehilangan kebaikan kalsium semasa mengandung. Jadi ia amat penting untuk anda mengembalikan keseimbangan kalsim dalam badan. Kareena pernah dinasihatkan untuk mengambil segelas susu setiap malam jika dia berasa lapar. “Produk tenusu mengandungi banyak asid Conjugated Linoleic (CLA) yang dapat membantu untuk membakar lebih banyak lemak dan juga membantu dalam mobilisasi lemak dari kawasan degil.”- Diwekar.
Makan secara sederhana
Selain itu, Diwekar juga turut menekankan dalam kepentingan makan secara bersederhana kepada Kareena. Ini bukan bermakna untuk meninggalkan segala makanan yang disukai tetapi lebih memberikan perhatian kepada apa yang diambil dan kadar sukatannya. Selain itu, dia juga turut menasihati Kareena untuk tidak makan sambil menonton TV tetapi sebaliknya lihat pada makanan yang diambil.
Crash diet semestinya tidak boleh
Ramai wanita yang memilih untuk crash diet selepas bersalin. Jika anda ingin menurunkan berat badan, kurangkan pengambilan makanan secara beransur dan bukannya secara mendadak. Disebabkan ramai wanita yang ingin cepat kelihatan langsing, jadi mereka memilih untuk crash diet dan dari situlah bermula pelbagai penyakit mula muncul. “Saya rasa ia sangat penting bagi semua wanita untuk memahami cara mana yang mungkin mendatangkan risiko kepada kesihatan mereka. Jadi, cuba untuk perlahankan kadar metabolisme dan naikkan berat badan pada jangka masa panjang lebih baik baik daripada menghilangkan lebih banyak berat badan dalam masa yang singkat.”- Diwekar.
Elak lingkaran gelap bawah mata selepas bersalin dengan makanan yang kaya dengan tinggi zat besi
Kebanyakkan wanita hamil risau akan rupa paras mereka. Trik untuk sentiasa tampil cantik adalah dengan menyayangi diri dan tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan B12 serta zat besi.
Sumber: EH!
The post Lima Tip Diet Kareena Kapoor Ketika Hamil Dan Selepas Hamil appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment