5 Tanda Suami Curang Dengan Lelaki

Tanpa disedari, kebanyakan rumah tangga yang gagal di tengah jalan berpunca daripada suami yang mula hilang keinginan terhadap isteri. Ini bukan kerana isteri sudah hilang pesona tetapi ia disebabkan oleh sikap suami yang lebih meminati kaum sejenis. Jelita senaraikan lima tanda suami curang dengan pasangan sejenis.
 

Gambar: Shutterstock


 
Gambar lelaki memenuhi galeri foto telefon

Ini gambaran yang paling jelas yang menunjukkan si suami mempunyai hubungan songsang. Apabila si suami banyak menyimpan gambar lelaki ini menunjukkan dia bukanlah lelaki yang normal.
 
Sering keluar malam

Sama seperti suami yang curang dengan perempuan, lelaki biseksual juga akan sering keluar malam untuk berjumpa pasangan mereka, Alasan yang diberikan sudah pastilah ingin berjumpa rakan atau kenalan.
 
Tidak ghairah atau tertarik dengan isteri

Apabila si suami tidak lagi tertarik dnegan anda, pasti ada yang tidak kena, Biarpun anda berpakaian seksi, dia langsung tidak teruja atau ambil pusing.
 
Menunjukkan pandangan berbeza terhadap lelaki

Suami menunjukkan minat terhadap kaum sejenis. Apabila terpandang lelaki lain dia akan memberikan pandangan atau senyuman yang galak.
 
Sudah lama tidak melakukan hubungan intim

Apabila suami mula berpaling arah, dia tidak lagi menghiraukan nafkah batin yang perlu diberi kepada isteri. Kerana kepuasan yang dicari sudah ditemui pada lelaki lain.

*Artikel ini dipetik dari Majalah Jelita edisi Februari 2017

The post 5 Tanda Suami Curang Dengan Lelaki appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment