Tip Perjalanan Selamat Semasa Raya

Mungkin apa yang dikongsikan ini nampak biasa bagi anda, namun hakikatnya ramai yang ambil mudah hingga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari, alangkah baiknya anda patuhi langkah keselamatan sebelum dan semasa perjalanan pulang ke kampung halaman ataupun pergi beraya ke rumah sanak saudara seperti berikut:
 

Gambar: Shutterstock


 
SERVIS KERETA

Jangan ambil enteng hal yang paling penting ini. Sebelum memulakan perjalanan jauh menuju ke kampung halaman, pastikan anda servis kereta bagi memastikan segala kerosakan dapat dibetulkan. Ini menjamin keselematan anda dan juga dapat melancarkan perjalanan yang jauh. Pastikan juga angin tayar mencukupi dan tiada masalah pada brek kereta.
 
MINYAK DAN DUIT TOL

Beberapa jam sebelum bergerak menuju destinasi, isi penuh tangki minyak dan tambah nilai kad touch n go anda agar nilainya mencukupi sehingga sampai ke destinasi yang ingin dituju.
 
TIDUR YANG CUKUP

Pastikan anda tidur awal malam sebelum hari perjalanan. Perjalan jauh yang memakan masa berjam-jam lamanya menuntut fokus pemanduan yang tinggi. Jika anda mengantuk sepanjang pemanduan, ia akan membawa bahaya kepada anda sekeluarga mahupun pengguna lebuhraya yang lain.
 
TALI PINGGANG KELEDAR

Anda harus pastikan setiap penumpang dan diri anda sebagai pemandu menggunakan tali pinggang keledar demi keselamatan. Jika ada anak kecil, letak mereka di tempat duduk bayi yang selamat. Awasi tingkah laku anak di tempat duduk belakang dan pastikan anda menyediakan segala keperluan mereka seperti makanan dan permainan agar mereka tidak mengganggu pemanduan.
 
JARAK SELAMAT ANTARA KENDERAAN

Sentiasa berikan sepenuh perhatian pada pemanduan. Jangan memandu terlalu laju sehingga jarak kenderaan anda terlalu dekat dengan kenderaan hadapan. Hal ini akan membahayakan anda jika kenderaan hadapan brek secara mengejut. Selain itu, perhatikan juga pergerakan kenderaan kecil seperti motosikal di tepi dan jangan melakukan ‘buli jalan raya’ kepada pemandu lain.
 
HAD LAJU

Biar lambat asalkan selamat. Jangan kerana mahu cepat tiba di destinasi, anda sanggup menggadaikan nyawa ahli keluarga. Pastikan anda memandu dalam had laju yang telah ditetapkan dan jangan terikut-ikut ingin ‘berlumba’ dengan kenderaan yang dipandu laju.
 
PERATURAN JALAN RAYA

Jangan memotong kereta dengan melulu dan jangan sesekali memandu di lorong kecemasan. Apabila memandu pada waktu malam, pastikan lampu kereta dipasang agar turut menjamin keselematan pengguna lebuhraya yang lain. Selain itu, jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
 
REHAT DAN TUKAR PEMANDU

Sekiranya anda terlalu penat dan mula rasa mengantuk, berhenti sebentar di mana-mana perhentian dan berehat ataupun tidur buat seketika. Kemudian barulah meneruskan perjalanan. Jangan malas untuk berhenti kerana jika anda hilang fokus, bahaya yang menanti. Anda juga boleh melakukan pemanduan bergilir dengan sesiapa saja penumpang yang juga boleh memandu. Jangan paksa diri untuk memandu seorang hingga tiba di kampung halaman.

The post Tip Perjalanan Selamat Semasa Raya appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment