Skrub Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah

Tidak lengkap rutin kecantikan anda jika mengabaikan skrub wajah ataupun badan. Kebiasaannya, skrub hanya dilakukan dua kali seminggu.

 

 

Terdapat pelbagai jenis skrub yang anda boleh dapatkan di pasaran. Namun, anda boleh hasilkannya sendiri dengan menggunakan bahan-bahan daripada dapur anda sahaja. Skrub berfungsi menanggalkan sel kulit mati, menjana semula sel kulit dan menghaluskan kulit wajah dan badan. Skrub juga mempunyai tekstur seakan berbiji dan kasar namun ia tidak akan mendatangkan iritasi pada kulit.

SKRUB OAT & LEMON – Untuk kulit yang lembut dan berseri, anda boleh cuba resepi skrub ini.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar oat
  • 6 sudu sos masam
  • 4 sudu jus perahan lemon

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul hingga sebati.
  • Sapu dan gosokkan pada tubuh. Boleh juga disapukan pada wajah dan leher. Gosok secara perlahan.
  • Biarkan selama 5 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Sebaiknya gunakan air suam. Haruman lemon akan menyegarkan tubuh dan wajah anda.

 

SKRUB KRANBERI & OREN – Gandingan buah ini bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengembalikan kesegaran kulit selain melembutkan kulit anda.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buah kranberi
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak almond
  • 2 sudu gliserin
  • 1 biji oren (ambil jusnya)
  • 3 sudu oat kisar

Cara-cara:

  • Campurkan buah kranberi bersama gliserin dan minyak almond ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  • Tambahkan dengan gula dan perahan jus oren. Gaul sebati kesemuanya. Kemudian,masukkan oat.
  • Jika terlalu cair, tambahkan lagi oat hingga adunan menjadi pekat dan mudah untuk digosokkan pada kulit.
  • Semasa mandi, sapukan dan gosok perlahan pada kulit beberapa minit. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.

 

SKRUB RASBERI – Bukan sekadar menanggalkan sel kulit mati, khasiat yang terkandung dalam buah rasberi juga membekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Bahan-bahan:

  • 150 gram buah rasberri
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2-3 titis minyak almond
  • 2-3 ekstrak daun pudina

Cara-cara:

  • Masukkan rasberri bersama minyak zaitun, minyak almond dan ekstrak daun pudina ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya sehingga halus.
  • Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit gula. Gaul rata kesemuanya.
  • Sapu dan gosokkan pada seluruh tubuh anda semasa mandi.
  • Untuk bahagian yang kasar seperti tumit kaki, anda boleh tambahkan lebih gula ke dalam campuran tadi agar teksturnya menjadi lebih kasar untuk menghilangkan kulit mati pada bahagian tersebut.

The post Skrub Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment