Sajian Jelita: Dabu-Dabu Ikan dengan Buah Kiwi

Cipta kelainan dalam masakan dengan resipi dabu-dabu ikan dengan buah kiwi dalam hidangan anda.

Dabu Dabu Ikan dengan Kiwi

Untuk 2 – 3 hidangan
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 10 minit

Bahan-bahan diperlukan:

2 potongan isi ikan tenggiri

Minyak untuk menggoreng

 

Bahan Perap

4 bawang merah, dikisar

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 sudu besar sambal cili

2 sudu besar minyak

 

 

Dabu-Dabu

6 bawang merah, dihiris tebal

6-7 cili padi merah, dihiris

2 tomato hijau tanpa biji, dipotong dadu

2 tomato merah tanpa biji, dipotong dadu

5 limau kasturi, diperah jusnya

1 Buah Kiwi SunGold Zespri

1 Buah Kiwi Hijau Zespri

½ cawan minyak kelapa

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara Menyediakan

  1. Kisar bahan perap dan tumis beberapa minit hingga bangkit baunya. Sejukkan sedikit dan gunakan untuk perap ikan
  2. Untuk membuat dabu-dabu, campur semua bahan kecuali minyak kelapa. Ketepikan.
  3. Goreng ikan dengan sedikit minyak dalam kuali leper. Sebaik sahaja masak, angkat dari kuali dan letakkan dabu-dabu di atas ikan.
  4. Panaskan minyak kelapa dan segera tuangkan ke atas ikan.
  5. Hidangkan panas-panas.

The post Sajian Jelita: Dabu-Dabu Ikan dengan Buah Kiwi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment