Kasut Raya Kolaborasi Dua Jenama Unggul

Lebaran ini, Nelissa Hilman bekerjasama dengan MimpiKita untuk satu koleksi kapsul istimewa #MKxNHLebaran.

Memperoleh inspirasi daripada gaya tersendiri dan penggunaan corak cetak dalam rona yang cerah bertenaga dengan perincian classy daripada MimpiKita, Nelissa Hilman mempersembahkan rekaan sepatu raya cukup menawan sewaktu Gaya Koleksi Raya 2017 di Publika, baru-baru ini.

Koleksi kapsul edisi terhad ini memaparkan perincian mutiara pada sandal sarung satin dan sandal leper dalam rona biru larut malam dan hijau zamrud nan mewah, selain sandal bertumit dua-tona serta mules hitam bertumit rendah, juga ada dalam pilihan rona metalik.

“Kami telah berbual mengenai kerjasama ini sudah agak lama dan ia mula dijalankan kira-kira lapan bulan lalu – dan kini amat teruja kerana berjaya menghasilkan koleksi ini bersama-sama. Kami banyak memikirkan mengenai pelanggan wanita dan mereka kasut yang boleh dipakai sewaktu Raya atau selepasnya, agar ia menjadi satu item kekal-lama dalam almari seseorang wanita. Fikirkan elegan, keayuan dan feminiti – dengan inspirasi dan suasana Marrakesh,” kata Nelissa.

Koleksi #MKxNHLebaran ini dijual antara harga RM195 sehingga RM290 dan boleh didapati di laman nelissahilman.com mulai Jun ini.

Koleksi edisi terhad ini boleh didapatkan secara talian dan di kedai MimpiKita dan FashionValet.

The post Kasut Raya Kolaborasi Dua Jenama Unggul appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment