Aktiviti Cuti Sekolah Yang Boleh Dilakukan Ketika Berpuasa

Pelajar sekolah kini sudah bercuti selama hampir dua minggu dan di bulan puasa ini pastinya ramai yang sedang mencari aktiviti yang boleh dilakukan. Manfaatkan masa cuti sekolah ketika bulan puasa ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jelita senaraikan lima aktiviti yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah.
 

Gambar: Shutterstock


 
Membaca Al-Quran

Banyak pahala yang boleh diperolehi jika anda dapat membaca Al-Quran sebanyak 30 juzuk ketika bulan puasa ini. Jadi ajak anak anda untuk membaca Al-Quran ketika mereka sedang cuti sekolah ini. Amalkan satu hari satu juzuk Al-Quran.
 
Melakukan Aktiviti Amal

Anda juga boleh menggalakkan anak anda untuk melakukan aktiviti amal sepanjang bulan puasa ini. Ini sangat penting kerana ia akan menanamkan sifat kasih sayang dan sifat kemanusiaan dalam diri anak anda. Aktiviti sebegini juga dapat mengajar mereka untuk bersyukur dengan apa yang mereka ada. Sepanjang cuti sekolah ini, mereka mungkin boleh menyertai program agihan makanan berbuka kepada mereka yang memerlukan, program kejut sahur, qiamullail dan sebagainya.
 
Membaca

Inilah masanya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca. Ambil masa yang terluang ini untuk menambahkan koleksi bacaan anak anda. Ini dapat memupuk minat membaca dalam diri mereka sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan sewaktu cuti sekolah.
 
Mengemas Rumah

Puasa bukan bererti masa untuk berehat. Gunakan peluang di cuti sekolah ini untuk mendidik anak anda mengemas rumah. Berikan mereka tugasan yang mudah seperi menyidai baju atau membersihkan rumah. Aktiviti sebegini boleh mendidik mereka untuk lebih berdikari dan juga memupuk sifat suka membantu dalam diri mereka.
 
Aktiviti Riadah

Berpuasa bukan bererti anda sekeluarga tidak boleh melakukan aktiviti riadah.  Rancangkan aktiviti riadah yang mudah dan ringan. Mungkin anda boleh mengajak anak anda bermain catur atau menyiapkan suai gambar bersama.

The post Aktiviti Cuti Sekolah Yang Boleh Dilakukan Ketika Berpuasa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment