Pasaran tudung semakin berkembang pesat malah ia antara pasaran paling popular masa kini. Bukan sahaja selebriti yang sibuk mempromosikan jenama tudungnya bahkan usahawan tempatan mencuba nasib memperkenalkan labelnya sendiri.
Tidak ketinggalan, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri kini melebarkan empayarnya dengan melancarkan koleksi tudung hasil reka bentuknya sendiri, Aliff By Sha. Dilancarkan sekitar awal tahun ini, jenama ini didedikasikan untuk isterinya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid selepas pasangan ini berjaya menempa nama dalam industri produk kesihatan.
Reka bentuk serta cetakan sofikstikated seakan memahami hati wanita era kini yang mementingkan penampilan serba kemas dan elegan. Setiap selendang dan skarf menggunakan teknologi digital dan silk screen printing canggih bagi memastikan setiap motif diatasnya menyerlah.
Dari cetakan lembut menggunakan warna pastel seperti merah jambu dan biru cair sehingga motif terang seperti emas dan jingga, bawal dari Aliff By Sha ini membolehkan anda menyuaipadankan busana mengikut kesesuaian acara sekali gus menaikan seri penampilan anda. Setiap reka bentuk dikeluarkan juga terhad bagi mengekalkan ekslusiviti rangkaian bawalnya.
Bagi Datuk Aliff Syukri, setiap koleksi ditawarkan mempunyai keunikan dan jalan ceritanya tersendiri. Dari wanita muda yang mementingkan kerjaya sehinggalah berkeluarga, bawal ikonik Aliff By Sha mampu memenuhi setiap kehendak pelanggannya tanpa mengikut peringkat umur.
Samada dijadikan sebagai hadiah mahupun koleksi peribadi, anda berpeluang memilikinya dengan harganya serendah RM35 hingga RM139.
Selain bawal, anda juga boleh mendapatkan selendang satin sutera dengan pelbagai jenis motif mahupun perincian kristal Swarovski dengan pilihan warna yang menawan.
Jadi tunggu apa lagi, tambah rak tudung anda dengan koleksi dari Aliff By Sha. Hari Raya semakin menghampiri, tidak salah jika mahu tayang hijab baru di pagi raya bersama keluarga dan sahabat handai. Mana tahu ada juga yang berkenan!
The post Aliff By Sha Hadiah Untuk Isteri Saya- Datuk Aliff Syukri appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment