MINI Malaysia Lancar MINI Countryman Serba Baru

MINI Countryman generasi kedua kini memasuki segmen kenderaan premium di Malaysia, meneroka pengembaraan baru dan menambah kisah ke dalam sejarahnya yang ikonik.

MINI Malaysia telah melancarkan MINI Countryman serba baru, generasi kedua kenderaan aktiviti sukan (SAV) premium yang berjaya daripada jenama automotif kompak premium paling sofistikated di dunia. Hadir dalam varian MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman serba baru, SAV premium daripada MINI itu adalah model paling besar serta versatil dalam sejarah 57 tahun MINI. Ia dibina untuk menunjukkan kemajuan dari segi ruang, fungsi, gaya atletik dan karekteristik premium MINI.

Reka bentuk: Perkadaran penuh kuasa, karekter lebih matang

MINI Countryman serba baru menampilkan elemen rekaan yang tipikal dengan jenama tersebut. Ini termasuk tiga struktur utama pada bahagian sisi yang ikonik. Ia terdiri daripada bumbung, bahagian kaca dan badan. Di samping unjuran yang pendek, arca roda lebar dan ia kini tampil lebih lebar. Kontur pada permukaan MINI Countryman serba baharu menghasilkan biasan cahaya dan bayang yang menyerlahkan rekaan atletik dan orientasi vertikal tubuhnya.

Saiz MINI Countryman serba baru telah bertambah, tetapi masih mampu mengekalkan perkadaran tipikal sebuah MINI. Jentera itu kini 20 sentimeter lebih panjang dan tiga sentimeter lebih lebar berbanding model terdahulu. MINI Countryman serba baru mempunyai panjang 4,299mm, lebar 1,822mm dan tinggi 1,557mm. Perkadarannya yang tersendiri juga dibina di atas tapak roda 2,670mm. Manakala lebar treknya ialah 1,585mm di hadapan dan 1,587mm di belakang. Perkadaran ini membolehkan MINI Countryman serba baru memiliki karekter yang lebih versatil, lincah dan premium dengan penampilannya yang tersendiri.

Bahagian dalaman: Ruang luas dan ambien yang eksklusif

Bukti jelas MINI Countryman serba baru kini sudah memasuki segmen premium adalah menerusi peningkatan ruang pada jentera lima tempat duduk ini. Ruang storan dan kargo juga ditingkatkan untuk memberi lebih versatiliti. Gabungan material dan kemasan paling mewah yang pernah digunakan pada MINI, membuatkan MINI Countryman serba baharu lebih premium dan praktikal. Selain menawarkan lebih gaya untuk apa jua aktiviti luar rumah.

Fungsi: Vesatiliti melangkaui batasan

Satu ciri baru yang unik serta ditawarkan sebagai standard pada kedua-dua varian MINI Cooper Countryman dan Cooper S ialah pintu belakang automatik (Automatic Tailgate) dengan fungsi yang mudah dibuka.

Ciri itu melibatkan satu alat pengesan yang diaktifkan dengan pergerakan kaki untuk membuka dan menutup pintu belakang tanpa perlu menekan mana-mana butang. Sekali gus memberikan kemudahan terutama apabila tangan anda penuh dengan barang. Khas untuk varian MINI Cooper S Countryman, fungsi Automatic Tailgate berfungsi selari dengan ciri Comfort Access yang membolehkan urusan membuka dan mengunci pintu dibuat melalui sentuhan pada pintu.

Buat pertama kalinya, MINI Countryman serba baru menawarkan tempat duduk Picnic Bench yang boleh dilipat keluar daripada ruang but. Ia membolehkan anda duduk dengan selesa di hujung ruang kargo kenderaan. Picnic Bench pada MINI Countryman serba baharu jarang ditawarkan dalam segmen kenderaan premium. Ia menawarkan dua tempat duduk ekstra di luar kereta, ciri yang berguna apabila berada di luar rumah.

Dari segi ruang penyimpanan barang, MINI Countryman serba baru hadir bersama kemudahan lebih luas untuk menunjukkan bahawa fungsi dan versatilitinya telah dioptimumkan. Apabila semua tempat duduk digunakan, ruang kargo ialah 450 liter. Dengan tempat duduk belakang dilipat pada konfigurasi 40:20:40, ruang kargo boleh ditingkatkan sehingga 1,390 liter.

Buat pertama kalinya, MINI Countryman serba baru turut diperkenalkan dalam dua warna baru iaitu coklat (Chestnut) dan biru (Island Blue). Warna lain yang ditawarkan ialah hijau (British Racing Green), merah (Chili Red), putih (Light White), perak (Melting Silver), hitam (Midnight Black) dan kelabu (Moonwalk Grey). Warna kelabu (Thunder Grey) pula eksklusif untuk MINI Cooper S Countryman.

MINI Countryman serba baru hadir bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had MINI selama 4 Tahun dan Servis Berjadual Percuma. Anggaran harga (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah:

MINI Cooper Countryman – RM 239,888.00
MINI Cooper S Countryman – RM 269,888.00

Sila layari laman web www.MINI.myuntuk maklumat lanjut mengenai MINI Countryman serba baru.

The post MINI Malaysia Lancar MINI Countryman Serba Baru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment