Berbuka Puasa Dengan Hidangan Eksotik Arab Di V E Hotel & Residence

Sambut bulan mulia ini dengan citarasa aromatik dan eksotik hidangan Arab dan juga Malaysia bermula dari 29 Mei sehingga 23 Jun 2017 di V E Hotel & Reidence (V E Bangsar South). Pelbagai jenis hidangan yenak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan citarasa unik Malaysia di restoran mereka, The Straits Estate.
 
Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang meliurkan, hasil pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Setiap menu sajian disediakan khas oleh pasukan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia. Tahun ini, Chef Unaver yang berasal dari Sabah ini akan menampilkan sesuatu yang lain dari yang lain dengan menggabungkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab serta cintanya terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian yang bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar.”
 
Anda boleh menikmati jamuan berbuka puasa dengan hidangan pembuka selera seperti Hummus Babaganoush, Moutabel, Salad Fattaoush, Kerabu pucuk paku dnegan  udang kering, serunding ayam dan daging dan banyak lagi.
 
Anda juga tidak boleh lepaskan peluang untuk mencuba hidangan utama Arab yang sememangnya akan membuat anda terliur dengan hanya baunya seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam  dan Sup Harira (sup tomato dengan kacang) yang bukan sahaja berkhasiat tapi juga lazat. Jika anda gemarkan makanan Melayu, anda juga boleh mencuba masakan Melayu yang hebat seperti Kambing golek dan ayam golek yang diperap dengan resipi tradisi Kelantan, Kari kawah kepala ikan ala Melaka dan Ayam percik Terengganu yang dipanggang hingga sempurna.
 
The Straits Estate turut menyediakan masakan makanan laut bagi anda yang gemarkan makanan laut yang dibakar seperti ikan tenggiri bakar, ikan pari, ikan tongkol, ikan cencaru dan banyak lagi.
 
Hidangan berbuka puasa tidak akan lengkap tanpa hidangan pencuci mulut dan The Straits Estate menawarkan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dari Arab, Barat dan juga Malaysia. Antara pencuci mulut yang disajikan adalah Pancuran Coklat dengan pelbagai kondimen, Trat Laici rangup, kek Mousse strawberi. Antara hidangan pencuci mulut tempatan yang dihidangkan adalah Bubur serawa nangka, pengat pisang, aneka kuih-muih Melayu dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lain.
 
Selain dari mensajikan pelbagai jenis hidangan yang lazat dan enak, The Straits Estate turut menawarkan promosi seperti berikut:
 
1. Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa bawah promosi “Early Bird Savings.”
 
2. Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi menikmati potongan harga sebanyak 20%:

  • Harga biasa RM128 bagi dewasa
  • Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1, 288 atau RM 1,588 semeja.

The post Berbuka Puasa Dengan Hidangan Eksotik Arab Di V E Hotel & Residence appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment