Asics Umum Dua Butik Baharu

Asics mengumumkan pengembangan berterusannya di Malaysia dengan penambahan dua butik baharu di Suria KLCC dan Mid Valley sekali gus meningkatkan kehadiran peminat-peminat pakaian sukan dan pelanggan setia Asics untuk membeli belah. Butik Asics yang ke-8 di Mid Valley dibuka pada 29 Mac lalu lengkap dengan pelbagai pilihan jenama fesyen dan gaya hidup, hiburan dan pilihan F&B untuk seisi keluarga manakala butik ke-9 dibuka pada 10 April di Suria KLCC.

Sempena pembukaan di Mid Valley, butik yang bersaiz 1,234 sq ft mempamerkan Siri FlyteFoam Fast baharu, fuzeX Rush dan rangkaian kasut Asics, aksesori, pakaian yang menyeluruh untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Siri FlyteFoam Fast mendefinisikan semula kelajuan, menawarkan pelari akses kepada teknologi tapak tengah Asics teringan, FlyteFoam. Ianya menampilkan tiga pasang kasut yang direka dengan penyerapan ringan bagi menyampaikan rasa kelajuan kepada pelari dari pelbagai spektrum yang luas merentasi jenis pronasi kaki, tahap pengalaman dan matlamat larian:

Bagi yang tinggal di kawasan ibu kota, anda boleh mengunjungi butik Asics di KLCC yang pastinya memberi pengalaman membeli belah yang menyeronokkkan disamping menikmati keindahan landskap sekitar bangunan pencakar langit itu. 

Butik yang bersaiz 1,224 sq ft ini akan menampilkan Gel-Quantum 360 Knit baharu (kasut urban bergaya untuk pelari) dan rangkaian kasut, aksesori, pakaian Asics yang menyeluruh untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Selain pilihan kasut yang meluas, pelanggan juga boleh mengalami teknologi canggih Sistem Foot Id. Menariknya, Asics adalah butik keempat di Malaysia yang menawarkan ciri unik dan prorietari Asics.

Sistem ini merupakan satu ruang destinasi di dalam butik yang menawarkan ukuran statik dan dinamik termasuklah analisis bentuk kaki dan kitaran gaya berjalan. Ukuran statik ini mengenal pasti bentuk kaki manakala ukuran dinamik pula menganalisa gaya gerakan pelanggan semasa berlari. Ia membantu pelari untuk mencari kasut yang paling sesuai bagi mengeluarkan prestasi terbaik dari mereka.

 

 

The post Asics Umum Dua Butik Baharu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment