Kurang daripada sebulan sejak diberikan anugerah penghormatan oleh Universiti Harvard, Rihanna dijangka akan menerima satu lagi anugerah penghargaan dan kali ini dari Parsons School of Design.
Menurut The Cut, Rihanna akan diberikan anugerah tersebut di majlis tahunan universiti tersebut di New York untuk kerja amalnya dan tidak lupa juga gayanya yang luar biasa itu. Rihanna akan diiktiraf bersama dengan Eileen Fisher dan Neiman Marcus. Sebelum ini, Rihanna telah diberikan anugerah Kemanusiaan Tahunan (Humanitarian of the Year) oleh Universiti Harvard.
“Parson begitu berbangga untuk mempersembahkan anugerah ini kepada Rihanna kerana dia telah memberikan inspirasi kepada semua melalui muziknya yang hebat dan gayanya yang berbeza. Dia telah memperjuangkan alumni terbaru kami beberapa kali dengan memakai rekaan mereka, Dia juga telah mewujudkan progaram dermawan yang menyokong masyarakat dengan menggalakkan pendidikan yang berkesan, kesihatan dan program pertolongan kecemasan di seluruh dunia melalui Yayasan Clara Lionel miliknya,” Joel Towers- Dekan Eksekutif Parsons.
Rihanna turut meluahkan rasa berterima kasih atas anugerah yang diterimanya dan dia sentiasa merasakan yang dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan universiti ini.
Majlis tahunan Parsons School of Design akan diadakan di New York pada 22 Mei.
The post Rihanna Bakal Menerima Anugerah Dari Parsons School Of Design Benefit appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment