Ikon Kecantikan Burberry

Burberry memperkenalkan kempen The Essentials, koleksi kecantikan yang yang dicipta khas untuk tiga efek utama di dalam solekan iaitu, prime, contour dan highlight yang memaparkan wajah cantik model British, iaitu Iris Law.

Koleksi The Essentials terdiri daripada signatur produk yang akan menghasilkan kompleksi wajah mulus, kontur wajah yang lebih terbentuk dan serlahan mekap yang sempurna.  Jelita kongsikan dengan anda temubual  bersama Iris Law dalam menyingkap apakah rahsia kecantikan yang diamalkannya.

Soalan

Adakah anda menikmati kemeriahan dan keindahan mengenai solekan?

Ya, saya. Ada masanya saya suka mengenakan solekan yang natural dengan warna yang lembut. Tetapi saya juga suka bereksperimen dengan warna lipstik dan pembayang mata, mengikut apa pakaian yang saya kenakan.

 

Adakah anda mempunyai sigantur solekan yang tersendiri?

Saya suka bereksperimen, tetapi untuk solekan setiap hari saya pasti akan mengoleskan pemerah pipi, menggunakan warna pastel dan maskara untuk menyerlahkan mata.

 

Apakah item solekan yang wajib ada di dalam tas tangan anda?

Antara yang wajib ada ialah Burberry Liquid Lip Velvet, Burberry Light Glow in Earthy Blush dan Burberry Nude Powder in Ochre.

 

Siapakah ikon kecantikan anda?

Brigitte Bardot

 

Berapa lamakah masa yang diperuntukkan untuk mengenakan solekan?

Tidak lama, hanya dalam 20 minit.

 

Apakah falsafah solekan anda?

Saya tidak akan mengenakan lipstik dan pembayang mata pada masa yang sama, dan saya akan mengelak untuk kelihatan terlalu ‘berat’ pada wajah. Saya tidak suka mengenakan solekan yang tebal dengan terlalu banyak litupan bedak asas kerana ia tidak bagus untuk kulit.

 

Bagaimana pula dengan rutin penjagaan wajah?

Saya akan pastikan wajah akan dibersihkan pada setiap pagi dan malam. Dan, jangan lupkan pelembap wajah kerana ia boleh mengelakkan kulit anda menjadi kering.

 

 

*The Essentials akan berada di pasaran bermula May 2017 di semua kaunter Buberry.

 

The post Ikon Kecantikan Burberry appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment