Mengikut jejak langkah Jil Sander, Carine Roitfeld dan Inès de la Fressange yang pernah membuat debut istimewa dengan berkolaborasi bersama Uniqlo untuk beberapa musim.
Jonathan Anderson yang juga Direktor Kreatif, Loewe kini bakal berkolaborasi bersama gedung pakaian terbesar dunia dari negara Jepun, Uniqlo dan koleksi kapsul bakal dihimpunkan bagi himpunan musim luruh 2017.
Kata Anderson, “Apabila saya terfikir mengenai Uniqlo, secara automatik ia lambang sesuatu perkara yang dihasilkan dengan sempurna dan bekerja bersama Uniqlo mungkin menjadi platform penting buat saya terutama dalam bidang fesyen demokrasi malah paling utama rekaan saya mampu dimiliki untuk setiap peringkat.”
Menerusi koleksi The Life Wear akan terhimpun sebuah koleksi gabungan sentuhan tradisi J. W. Anderson penuh dengan elemen keselesaan dan menarik yang mampu mencipta ruang gaya serba ringkas serta personal. Adakah rekaan terkenal J.W. Anderson seperti baju panas berkait graphic puzzle atau dress kapas Merino bakal diadaptasi dalam koleksi kapsul di Uniqlo? Jom sama-sama kita nantikan himpunan selengkapnya.
EH! Imbas kembali antara rekaan atau koleksi menarik J.W. Anderson sebagai tatapan visual anda:
The post J.W. Anderson Kini Berkolaborasi Bersama Uniqlo appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment