10 Tip Terbang Bersama Bayi Yang Anda Patut Tahu

Terbang bersama si comel mungkin agak sukar, tetapi sebenarnya ada cara untuk membuatkan ia lebih mudah dan berjalan lancar.

 

Gambar : Shutterstock

 

Buat ibubapa yang gemarkan kembara menaiki kapal terbang, ini dia 10 tip berguna untuk anda terbang bersama bayi.

 

1. Pilih tempat duduk strategik

Sebaiknya, ketika membuat tempahan tiket penerbangan, pilih tempat duduk yang paling hadapan atau pun extra legroom. Ia memudahkan untuk anda bergerak ke bilik air. Majoritinya syarikat penerbangan akan menyediakan katil khas buat bayi jika ibu bapa yang membeli tiket penerbangan memilih tempat duduk paling hadapan. Ia lebih selesa dengan ruang yang lebih besar serta menyenangkan pergerakan anda.

 

2. Pastikan anda bawa beg khas menyimpan barangan bayi

Ia termasuklah lampin, tisu basah, botol susu, snek, cawan minuman, buku, dan mungkin sedikit alatan mainan bayi yang tidak mengganggu ketenteraman penumpang lain. Jika bayi anda sudah cukup besar, dengan beberapa video animasi yang dimuat turun ke dalam iPad mungkin idea yang terbaik supaya mereka tidak mudah bosan sepanjang penerbangan.

 

 

3. Cuba pilih waktu penerbangan malam atau waktu tidur si comel

Jika ia sesuatu yang mustahil, cuba untuk pastikan bayi anda kekal berjaga sebelum take-off. Jadi, kala penerbangan pastinya mereka akan terlena dan ini memudahkan urusan anda sebagai ibu bapa.

 

4. Bawa baby carrier lebih memudahkan

Jika anda tidak mahu membebankan diri, sebaiknya bawa baby carrier. Ia memudahkan anda untuk bergerak, lebih-lebih lagi kala pemeriksaan di pintu masuk dan keluar di lapangan terbang.

 

5. Bawa bekalan bayi sebanyak yang mungkin di dalam bagasi

Pastikan anda membawa bekalan susu bayi serta lampin yang cukup untuk sehari atau dua. Kemudian selebihnya anda boleh dapatkan di destinasi yang anda tuju. Sekurang-kurangnya ia tidak membuatkan bagasi anda terlebih berat.

 

6. Pastikan kesemua bekalan susu bayi, formula minuman dibawa bersama untuk naik ke pesawat

Maklumkan kepada pengawal yang melakukan pemeriksaan beg akan apa yang anda ingin bawa naik. Ini akan lebih melancarkan lagi perjalanan anda.

 

7. Sebolehnya duduk berhampiran dengan ibu bapa lain yang mempunyai anak kecil

Majoritinya akan lebih memahami akan situasi anda yang mempunyai bayi ketika dalam penerbangan. Setidaknya kala bayi anda menangis, ia tidak membuatkan orang ramai tertanya-tanya dari tempat duduk mana bunyi bising itu.

 

8. Tenang

Cuba untuk bertenang dan tidak stres kala bayi menangis. Jika anda sudah melakukan segalanya yang anda patut lakukan tetapi bayi anda masih lagi menangis, terima kenyataan yang mana tiada apa yang boleh anda lakukan lagi. Malah, bayi mungkin akan mengambil alih kebimbangan anda dan sekaligus jika anda bertenang, bayi akan lebih cenderung untuk bertenang.

 

9. Abaikan pandangan orang lain

Mereka tidak akan pernah tahu kesukaran yang anda lalui untuk mengawal bayi kala dalam penerbangan kerana jika bayi menangis dan anda sudah sehabis baik membantu untuk menenangkannya tetapi masih gagal, tiada apa lagi yang anda boleh lakukan.

 

10. Sedikit buah hati

Rasuah dari segi mengambil hati penumpang lain yang duduk berhampiran dengan anda tidak salah. Jadi, sebaiknya bawak beg tangan berserta hadiah kecil seperti earplugs, gula-gula atau gula getah untuk diberikan pada penumpang yang berdekatan dengan anda. Atau jika dengan tektik ini ia masih gagal untuk menenangkan mereka, cuba tawar mereka dengan minuman. Sama ada mereka terima atau pun tidak, sekurang-kurangnya anda sudah menyampaikan mesej maaf kerana mengganggu ketenteraman mereka ketika penerbangan.

 

 

 

 

 

The post 10 Tip Terbang Bersama Bayi Yang Anda Patut Tahu appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment