Ratu Cantik Malaysia, Kiran Jassal Bawa Menara Berkembar Petronas Ke Manila

Ratu cantik Malayisa, Kiran Jassal bakal memperagakan busana yang diilhamkan daripada menara berkembar Petronas di pertandingan Miss Universe.
 
Busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini itu akan diperagakan oleh Kiran di pertandingan Miss Universe yang ke-65 yang akan diadakan pada 30 Januari 2017 di Manila, Filipina.
 
Rizman Ruzaini telah memilih Menara Berkembar Petronas sebagai inspirasi ikonik dalam mereka bentuk busana untuk kategori National Costume untuk pertandingan itu nanti. Rekaan busana ini menampilkan garisan yang menyerupai huruf ‘M’ yang mewakili Malaysia dan dihiasi dengan motif corak yang menyerupai anyaman bakul yang juga salah satu kraft tangan tradisional Malaysia.
 
Busana jumpsuit perak ini dihiasi dengan  dengan pelbagai warna berlian Swarovski. Kedua-dua lengan busana ini pula direka seperti menara untuk mewakili  Menara Berkembar dan dilengkapi dengan choker berlian untuk mewakili jambatan udara yang menghubungkan kedua-dua menara.
 
Material untuk busana ini dittempah khas untuk mencontohi tingkap kaca yang bersinar di bawah cahaya matahari. Berlian dibentuk untuk mewakili tiang keluli Menara Berkembar manakala logam laser cut pula telah digunakan untuk membentuk menara di bahu dan ditaburi dengan berlian yang berkilauan buatan tangan yang direka khas untuk Kiran. Ia telah diilhamkan oleh reka bentuk Menara Berkembar yang melambangkan glamor dan futuristik.
 
Tidak ketinggalan dalam rekaan busana ini ialah pautan penting bagi Menara Berkembar iaitu Jambatan Udara atau Bridge Sky. Leher choker yang dihiasi dengan kristal adalah bayangan sempurna jambatan Menara Berkembar yang juga dikenali sebgai pintu masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur.

The post Ratu Cantik Malaysia, Kiran Jassal Bawa Menara Berkembar Petronas Ke Manila appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment