Apabila menyebut tentang penjagaan wajah, langkah wajib yang anda lakukan ialah membersih wajah dengan pembersih yang bersesuaian. Namun, rutin anda hanya terhenti disitu sahaja.
Ramai yang meninggalkan langkah menggunakan toner atau penyegar wajah. Ini kerana, ramai yang beranggapan penggunaan penyegar tidak penting. Jika begitu, anda silap! Dengan penggunaan penyegar yang konsisten, kulit wajah lebih sihat dan bebas cela. Berikut ialah kepentingan toner wajah untuk keserian kulit anda.
Kenapa Toner Penting Untuk Penjagaan Kulit Wajah
Mengecilkan liang-liang pori
Toner berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang besar dan terbuka selepas proses membersihkan wajah. Liang pori yang terbuka akan menyebabkan wajah mudah untuk mengalami bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Penggunaan toner yang konsisten setiap hari mampu untuk mengecilkan liang pori anda.
Mengimbangkan PH kulit
Rata-rata pembersih wajah mempunyai sifat beralkali yang menyebabkan imbangan PH kulit terganggu selepas membersih wajah. Ini akan menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum berlebihan dan wajah akan berminyak. Dengan menggunakan toner, ia akan kembali mengimbangi PH kulit anda.
Melembapkan Kulit
Sesetengah toner mengandungi bahan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Untuk itu, kulit anda tidak akan kering dan kusam.
Cara Menggunakan Toner:
Tuang toner ke atas kapas wajah yang lembut. Sapukan perlahan-lahan pada keseluruhan wajah.
The post Pentingkah Penggunaan Toner Pada Wajah ? appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment