Raikan Cinta Bersama Jelita 2017!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai & Menang!

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:

Dapatkan Jelita edisi Februari 2017 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan

Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ

Semua pemenang akan diumumkan di laman web Jelita dan dihubungi melalui e-mel
 

Menangi Percutian Bersama Swiss-Garden Beach Resort Kuantan bernilai RM4,945!

 

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan yang terletak di Pantai Balok, berhadapan Laut Cina Selatan di Semenanjung Malaysia, menawarkan keanggunan abadi dengan sentuhan moden kontemporari. Sebanyak 304 bilik dan suite di resort ini dilengkapi dengan kemudahan moden dan mempunyai motif tradisional, mencerminkan warisan budaya negeri. Semua bilik tamu dilengkapi dengan balkoni yang menghadap pantai dan menawarkan pemandangan panorama Laut Cina Selatan yang begitu menawan dan memukau. Pilihan penginapan di resort ini terdiri daripada bilik Deluxe yang luas atau Executive Suite yang lebih besar. Anda dan si dia juga dapat menikmati pengalaman spa dan rawatan kecantikan di Samsara Spa. Di sini anda dapat memanjakan diri dan jiwa dengan keindahan tradisional Bali selain membantu penyembuhan ritual dalam persekitaran yang menenangkan dan santai. Rawatan spa ditawarkan termasuk Samsara Signature, Samsara Thai Herbal, Samsara Thai dan Samsara Tradisional. Nikmati pengalaman dan masakan enak di Garden Terrace Coffee House, di mana anda akan dihidangkan dengan menu à la carte dan pilihan menu bufet yang terdiri daripada cita rasa tempatan dan antarabangsa atau pilihan hidangan oriental Halal di Blossom Chinese Restaurant. Untuk minum petang, anda boleh menikmati snek, kek dan pastri bersama rakan dengan secawan kopi atau teh di Swiss-Deli.

Menangi Percutian Bersama Avillion Port Dickson Bernilai RM4,942!

 

Manjakan diri anda bersama orang tercinta di destinasi romantis, Avillion Port Dickson. Hanya 90 minit dari Kuala Lumpur, Avillion Port Dickson adalah tempat yang menarik untuk percutian yang romantis. Terkenal dengan spa yang telah memenangi banyak anugerah, ia menggabungkan konsep tradisional dan kontemporari sesuai bagi pasangan yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar. Resort ini terdiri daripada 259 bilik
yang indah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah tempat percutian ideal untuk pengunjung yang inginkan percutian bersuasanakan kampung. Anda dan suami boleh menikmati suasana di Avi Spa yang berinspirasikan konsep Peranakan. Lebih indah kerana ianya dibina di atas lautan. Kalian boleh berehat dengan rawatan spa yang berteknologi rendah tetapi mempunyai sentuhan yang halus. Avi Spa percaya bahawa kehebatan sentuhan manusia secara semulajadi bersama produk yang berkualiti tinggi dapat memberikan terapi yang terbaik untuk perngunjung
merasai perbezaannya. Selain itu, anda juga dapat menikmati makan malam yang romantis diterangi cahaya lilin di bawah bintang-bintang di The Verte, bangunan yang terletak di tengah-tengah kehijauan taman, berlatarbelakangkan keindahan Selat Melaka. The Verte menawarkan menu gabungan Mediterranean dan Asia. Raikan percutian romantis anda di Avillion Port Dickson untuk menyalakan semula kisah percintaan anda dan pasangan.

 

Menangi Percutian Bersama Lexis Hibiscus Port Dickson Bernilai RM5,600!

Jaraknya hanya kira-kira satu jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang, Lexis Hibiscus Port Dickson menjalar ke Selat Melaka yang menyerupai bunga kebangsaan Malaysia. Sebagai binaan rumah air terbesar di dunia, setiap 639 vila mempunyai kolam, luas dan menarik serta dilengkapi dengan kolam renang termasuklah bilik wap sendirian bagi seseorang yang inginkan privasi. Kebanyakan vila di sini menawarkan pemandangan lautan yang luas dan tenang. Lexis Hibiscus juga sesuai bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti pantai seperti jet ski, kayak, banana boat dan lain-lain, semuanya tertumpu di sekeliling air mata laut 400 kaki tertinggi di Malaysia. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai pilihan restoran dan hiburan yang menarik sesuai untuk warga tempatan dan juga antarabangsa. The Hibiscus Walk yang terletak di pinggiran pantai menyediakan pelbagai sampel makanan yang popular di Malaysia di samping sebuah pusat kesihatan yang menyediakan urutan tarapeutik.

 

The post Raikan Cinta Bersama Jelita 2017! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment