Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Sertai & Menang!
Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:
Dapatkan Jelita edisi Februari 2017 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan
Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ
Menangi 18 Produk Alissi Bronte Bernilai RM290 Setiap Satu!
Setiap wanita inginkan kulit wajah yang mulus berseri secara semulajadi dengan cara yang cukup mudah. Alissi Bronte Gold Nutriv 24K adalah sejenis losyen yang unik dengan serpihan emas yang dapat melincinkan dan melembutkan kulit serta menambah kesegaran kepada kulit. Lembut seperti sutera, ia membuat kulit anda sentiasa berasa lembap dan kelihatan muda dan tegang. Kelebihan potensi emas di dalam produk ini mempunyai kesan yang menegangkan dan komposisinya juga mempunyai nutrien untuk kulit yang sihat.
Menangi 13 Rawatan Cres Bernilai RM478 Setiap Satu!
Cres kini menawarkan rawatan terbarunya–Time-Release AquaCell Yoga Visage, rawatan berprestasi tinggi bagi kulit kering dan penghidratan kulit menyeluruh. Kulit anda akan sentiasa berasa lembap setiap hari. Rawatan ini akan merangsang penyerapan yang maksimum terhadap kulit anda. Ciri osmosia dan lapisan hydrolipidic menyediakan sejenis mekanisma yang memberi kelembapan kepada kulit anda selama beberapa hari. Antara kebaikan rawatan ini adalah ianya memulih dan mengembalikan semula kelembapan kulit dengan empat jenis ekstrak alga dan kaviar untuk penghidratan yang berkekalan. Seterusnya, ia mengimbangkan semula tekanan osmosis bagi menggalakkan keseimbangan aliran air di dalam badan agar jumlah air yang optimum dapat dikekalkan. Akhir sekali, ia mengekalkan dan melindungi kelembapan yang telah diberi terhadap kulit anda agar sentiasa kelihatan sihat dan berseri.
Menangi 12 Rawatan dari Urban Retreat Spa Bernilai RM418 Setiap Satu!
Sempena tahun baru dan bulan penuh cinta ini, beri ganjaran pada diri anda dan pasangan di Urban Retreat Spa yang dapat memberi kesegaran secara dalaman, ketenangan jiwa dan minda. Pengunjung dapat memilih antara dua jenis terapi iaitu urutan aromaterapi dengan minyak pati pilihan anda yang dapat mengurangkan tekanan dan memberi kitaran tidur yang lebih lena atau urutan Lymphatic Detox yang menggunakan minyak panas aromatik bagi merangsang sistem limpatik dengan pergerakan bulatan urutan mengepam. Kesan kedua-dua terapi ini dapat
menenangkan minda dan meregangkan otot tubuh anda agar berasa lebih segar dan bertenaga . Rasai perbezaan rawatan bersama Urban Retreat Spa!
Menangi 24 Set Blincon Bernilai RM200 Setiap Satu!
Blincon CC Series adalah antara kanta lekap menggalakkan solekan semulajadi anda dengan tujuh koleksi warna. Blincon CC series ini sesuai untuk semua jenis kulit Asia dan boleh dipakai harian. Terdapat dua corak iaitu Natural & Romance, dengan empat pilihan warna antaranya: black, cha cha, choco dan honey. Blincon CC series diperbuat daripada bahan Hema dan CC series mempunyai diameter 14.2mm dengan ketebalan 0.06mm pada bahagian tengah selain mengandungi air sebanyak 40 peratus pada kanta. Kanta CC series ini sesuai untuk setiap peringkat terutama bagi golongan yang bekerja kerana rangkaian warnanya yang semulajadi. Blincon CC series juga adalah kanta lekap yang boleh diklasifikasikan sebagai pilihan terbaik untuk menyempurnakan solekan anda dan menceriakan gaya seseorang individu.
Menangi 6 Rawatan Rambut Miracle Hair Expert Bernilai RM874 Setiap Satu!
Follimites adalah sejenis hama parasit kecil yang berada di dalam atau berhampiran folikel rambut yang kini dikenal pasti sebagai penyumbang
utama masalah rambut nipis dan gugur. Follimites ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kerana saiz nya yang amat kecil. Hama yang berbahaya ini hidup di dalam folikel rambut, merosakkan selsel rambut dan kulit kepala anda justeru menghilangkan keserian rambut anda.
Miracle Hair Expert berjaya mencari solusi untuk atasi masalah ini dengan Terapi Follimites bersama dengan syampu dan perapi bagi menangani masalah rambut gugur, kegatalan kulit kepala, minyak berlebihan dan selebihnya. Syampu dan perapi ini dirumus khas untuk membantu menangani masalah kulit kepala dengan kombinasi Vitamin B5 menjadikan produk ini bukan sahaja selamat dan tidak toksik, tetapi juga menarik
lembapan daripada udara dan mengikatnya pada folikel rambut. Ia boleh membantu mencegah kemerosotan sistem darah, menjadikan
rambut lebih lembut, lebih licin, lebih hitam, lebih berkilat dan seterusnya melegakan ketegangan.
The post Hadiah Hebat Jelita – Februari 2017 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment