10 Filem Paling Ditunggu-tunggu 2017

Saya bukanlah kaki wayang yang menjadikan aktiviti ke pawagam satu rutin wajib saban minggu. Namun, jika ada kelapangan dan kena pula tawaran filemnya saya pasti mengisi masa hujung minggu dengan menonton filem. Di sini saya senaraikan 10 filem yang saya sudah klasfikasikan sebagai ‘mesti tonton’ tahun ini.

 

La La Land

LA LA LAND

Saya meletakkan filem lakonan Emma Stone dan Ryan Gosling ini di tangga pertama kerana kritikan positif oleh pengritik akan penghasilan filem muzikal ini. Saya yakin Emma Stone pasti kembali dengan hebat sekali lagi selepas persembahan cemerlang di dalam Birdman. Sudah mula ditayangkan di Kuala Lumpur 5 Januari lalu.

 

hidden-figures

HIDDEN FIGURES

Sebuah filem ‘drama’ yang saya fikir telah menyatukan pelakon-pelakon berkaliber seperti Taraji P. Henson juga Kevin Costner. Filem ini mengisahkan tiga wanita kulit hitam yang bekerja di NASA yang menjadi pemikir dalam usaha menghantar angkasawan John Glenn ke angkasa lepas. FIlem ini dihasilkan berdasarkan novel tulisan Margot Lee Shetterly.

 

fifty-shades-darker

FIFTY SHADES DARKER

Saya menonton siri pertama filem ini di Istanbul dua tahun lalu memandangkan kebetulan saya berada di sana (filem ini tidak lulus penayangannya di Malaysia). Sejujurnya saya dapati episod pertama filem ini hanya mahu berbicara tentang seks semata, gagal menarik minat saya untuk menonton sekali lagi di DVD. Memandangkan saya sudah menonton siri pertama, hendak atau tidak diakui saya punya kemahuan melihat kesinambungannya. Tambahan pula saya sudah enjoy dengan runut buntinya, I Don’t Wanna Live Forever kolaborasi suara antara taylor Swift dan Zayn Malik. FIlem ini masih dikepalai Jamie Dornan dan Dakota Johnson.

 

beauty-the-beast

BEAUTY & THE BEAST

Filem animasi yang ditayangkan pada tahun 1991 ini ‘diberikan’ nyawa tahun ini. Filem keluaran Walt Disney ini memilih Emma Watson memegang teraju utama bersama Dan Stevens dan bakal ditayangkan pada awal Mac nanti. Mampukah file mini mengatasi kutipan versi kartunnya yang mencatat kutipan sebanyak US $425 juta? Sama-sama kita nantikan.

 

AUSTIN, TX - SEPTEMBER 18: Actress Haley Bennett and actor Christian Bale film a yet to be titled Terrence Maliick film on location on Day Three of the Austin City Limits Music Festival at Zilker Park on September 18, 2011 in Austin, Texas. (Photo by Jay West/WireImage)

WEIGHTLESS

Di dalam filem ini ada Cate Blanchett, Christian Bale, Ryan gosling, Rooney Mara dan juga aktres kegemaran saya Natalie Portman. Jadi, saya tidak perlukan alasan lain untuk pergi menonton kisah cinta ini. Tidak sabar menanti Mac 2017.

 

power-rangers

POWER RANGERS

Power Rangers adalah ‘hero’ kanak-kanak bagi mereka yang seusia saya. Power Rangers mula dipertontonkan di kaca TV sejak 20 tahun lalu, dan tahun ini lima pahlawan moden ini tampil di layar perak. Filem ini turut dibintangi Elizabeth Bank yang memegang watak klasik Power Rangers, Rita Repulsa. Lagi satu saya tidak sabar mahu melihat kostum dan prop yang digunakan dalam filem ini kerana ia dibikin oleh Weta Workshop, syarikat sama yang menyempurnakan kostum dan prop Lord of The Rings dan Avatar. Sewaktu ke New Zealand tahu lalu saya sempat menjengah ke studio mereka di Wellington. Power Rangers di pawagam Mac ini.

 

baywatch

BAYWATCH

Satu lagi siri popular dipindahkan ke layar perak. Baywatch yang berjaya menyinarkan bintang utamanya Pamela Henderson kini didukung oleh Zac Efron sebagai watak utama. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang naskhah ini lagi selain kisahnya masih berkisar tentang penyalamat pantai di Miami. Di pawagam Mei nanti.

 

wonder-woman-1

WONDER WOMAN

Gal Gadot pastinya aktres paling bertuah pabila dia berjaya dipilih sebagai pemeran utama Wonder Woman. Watak komik yang mula diperkenalkan pada 1941 ini pernah muncul di kaca TV sekitar tahun 1976 hingga 1979. Filem ini turut dibintangi oleh Chris Pine dan khabarnya filem ini berlatar belakangkan perang dunia pertama.

 

snatched

SNATCHED

Sebaik melihat poster juga senarai pelakonnya saya percaya Snatched akan menjadi antara filem paling menggeletek hati tahun ini. Amy Schumer bergandingan bersama Goldie Hawn, dan mereka digandingkan sebagai anak-beranak yang pergi bercuti  ke Ecuador bersama-sama selepas Amy putus cinta dengan kekasihnya. Tarik tayangannya Mei 2017.

 

pirates-of-the-carribean

PIRATES OF THE CARIBBEAN: DEAD MEN TELL NO TALES

Siri filem yang sudah mengaut keuntungan mencecah US$3.7 bilion ini kembali sekali lagi. Filem ini masih mengekalkan teraju utamanya Johnny Depp sebagai Jack Sparrow. Di pawagam Mei nanti.

 

The post 10 Filem Paling Ditunggu-tunggu 2017 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment