Emma Morano, wanita paling tua di dunia baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke 117 tahun. Morano yang lahir pada 29 November 1899 merupakan satu-satunya orang yang masih hidup yang telah menyaksikan perubahan selama tiga abad.
Morano berkongsi rahsia hidup panjangnya ialah dengan mengamalkan dua biji telur mentah sehari dan juga biskut tetapi dia tidak makan banyak biskut kerana sudah tidak mempunyai gigi.
Morano mulakan diet dua telur mentah dan satu telur masak setiap hari sejak dia berumur 20 tahun setelah dia disahkan menghidap anemia.
Selain dari diet pemakanannya, Morano juga tidak mengambil daging kerana takut akan risiko menghidap kanser. Selain itu, Morano juga turut mengakui kehidupan bujang turut menjadi faktor kepada usia panjangnya.
Morano telah hidup bersendirian sejak dia meninggalkan suaminya yang ganas pada tahun 1938 selepas kematian anaknya yang berusia tujuh bulan. Dia juga hidup lagi lama daripada lapan adik beradiknya dan kini dengan bangganya dia telah dianugerahkan dengan sijil Guinness World Records sebagai orang paling tua yang masih hidup.
The post Hidup Bujang Rahsia Umur Panjang Wanita Paling Tua, Emma Morano appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment