Barangan Wajib Perlu Anda Bawa Jika Ke Negara Sejuk

Musim cuti dah tiba! Apa lagi mohon cuti tahunan anda dengan segera sebelum terlambat.

 

Bila tengok kalendar bulan 12 pasti terfikir untuk bercuti ke negara sejuk atau tengah musim salji! Apa kata anda baca dan ingat perkara wajib perlu dibawa.

 

1. PAKAIAN THERMAL/LONG JONG

 

us-pc-161114-w-heattechcollection-hero-02

 

Wajib beli! Kerana ia membantu tubuh badan anda lebih panas dan selesa ketika berjalan di negara sejuk. Cara pembelian yang betul adalah lihat terma fabrik. Pilih fabrik berasaskan fiber heat,kapas, akrilik, bulu kasmir, mohair atau alpaka atau bulu Ilama. Anda boleh dapatkan pakaian thermal ini di Uniqlo, Universall Traveller atau Goin Places. Jika di Uniqlo bermula dengan harga RM39.90 serba satu dan ingat semak cuaca sebelum bergerak ke sana.

 

2. HEAT PACK

 

d55455_af5accdd3f974b95a1d6eb44c6075da4

 

Ini seperti talian nyawa anda agar tidak kesejukan kala berada di negara sejuk! Heat pack ini anda boleh beli di gedung serbaneka Daiso dengan harga RM5.30 dan anda boleh tampal Heat Pack di mana-mana bahagian badan samada di telapak kaki, belakang badan atau bahu. Asalkan anda selesa!

 

3. KACA MATA HITAM

 

illusion-design-3

GENTLE MONSTER

Jika di musim panas, mata akan bersilau namun pada musim sejuk ia lebih teruk kerana membuatkan mata kita cepat kering dan pedih. Oleh itu, anda tidak digalakkan sangat untuk memakai kanta sentuh. Tidak perlulah membeli kaca mata hitam yang mahal, asalkan ia berwarna hitam sudah memandai.

 

4. LOSYEN, KRIM TABIR SURIA DAN PELEMBAP BIBIR

 

original

 

himalaya-herbals-protective-sunscreen-lotion

 

Tidak kiralah anda lelaki atau wanita. Losyen tabir suria dan pelembap bibir ini wajib anda bawa! Kulit kita sudah terbiasa dengan cuaca panas namun bila anda kunjung ke negara sejuk pasti kulit cepat merekah, dehidrasi dan paling teruk luka. Pilih losyen atau krim muka dan badan yang mempunyai lindungan tabir suria dan bibir pula anda boleh beli Vaseline Petroleum Jelly.

 

5. KOT TEBAL WINTER

 

13-creative-and-stylish-ways-to-wear-parka-right-now-10-500x750

 

a9d4b3b4f1766c85ef8c90f88f3da8fc

 

 

Walaupun mahal tetapi anda wajib miliki. Jangan fikir ia membazir tetapi fikir bila anda dekat sana! Anda boleh pilih samada jenis Down Jacket atau Parka. Kerana keduanya punya ketebalan yang sama dan kalis air. Down Jacket bersifat lebih ringan dan gelembung manakala Parka menggunakan fabrik sintetik fiber dan hud berbulu.

 

6. SWEATER FLEECE

 

goods_10_128783

 

 Fleece ini dipakai di bawah jaket Winter untuk menghangatkan  lagi badan anda.Selalunya, Fleece di pakai dalam rumah dan ianya diperbuat dari kapas atau poliester

 

 

 

The post Barangan Wajib Perlu Anda Bawa Jika Ke Negara Sejuk appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment