Jadi Bahan Ketawa Netizen Didakwa ‘Lari’ Dari Soalan Minyak, Ini Jawapan Ahmad Maslan

ohbulanmaslan

Lewat hujung bulan lalu kerajaan mengumumkan harga baru minyak berkuatkuasa November ini yang menyaksikan kenaikan 15 sen untuk minyak Ron95, Ron97 dan diesel. Kenaikan tersebut nyata tidak disenangi netizen.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi subsidi minyak masak kecuali untuk paket 1kg yang kekal RM2.50. Tinjauan netizen mendapati harga minyak masak bagi botol 2kg, 3kg, dan 5kg telah pun mengalami kenaikan drastik di sesetengah tempat.

Apa komen Datuk?

Semalam tersebar video pihak media yang cuba mendapatkan penjelasan daripada timbalan menteri MITI, Datuk Ahmad Maslan berhubung kenaikan harga minyak namun beliau dikatakan cuba mengelak.

Gelagat beliau bagaimanapun menjadi bahan ketawa netizen kerana bersalaman lebih dua kali dengan orang yang sama di situ. Peka dengan video yang disebarkan itu, ini jawapan Datuk Ahmad Maslan sendiri menerusi akaun Twitter.

Luar bidang kuasa

screen-shot-2016-11-02-at-12-00-56-pm

Datuk Ahmad Maslan juga mengingatkan orang ramai untuk terus membuat aduan kepada KPDNKK tentang harga barang.

screen-shot-2016-11-02-at-12-01-16-pm

Hasil tinjauan netizen di beberapa kedai dan pasaraya, harga minyak masak dikatakan telah naik antara 30 hingga 60 peratus.

Menurut laporan Sin Chew Daily, harga minyak masa Red Eagle untuk botol 5kg naik dari RM14.70 kepada RM23.70 – peningkatan RM9 atau 61.2 peratus. Harga minyak masak bagi jenama lain turut mengalami kenaikan kecuali paket 1kg.

ohbulanminyak

Sumber : Ahmad Maslan

The post Jadi Bahan Ketawa Netizen Didakwa ‘Lari’ Dari Soalan Minyak, Ini Jawapan Ahmad Maslan appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment