Senggugut merupakan salah satu simptom kedatangan haid yang biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua haid. Namun, ada juga yang mengalami sakit senggugut pada penhujung kitaran haid. Senggugut berlaku kerana kontraksi atau pengecutan rahim yang diransang oleh hormon. Rasa sakit senggugut ini boleh menyebabkan anda tidak selesa untuk berbuat sebarang pekerjaan.
Jelita kongsikan lima tip mudah untuk merawat senggugut tanpa perlu menggunakan ubat penahan sakit.
Beg Berisi Air Suam
Dikenali sebagai tungku moden yang dituam pada bahagian abdomen. Ia membantu otot-otot pada bahagian tersebut lebih relaks untuk melegakan rasa sakit senggugut. Anda juga boleh isikan botol minuman dengan air suam dan kemudian balutkan dengan tuala untuk dijadikan tuam.
Mandi Air Panas
Mandi dengan air panas sangat membantu untuk memberikan ketenangan pada otot-otot seluruh tubuh malah ia juga membantu anda untuk berasa lebih tenang dan selesa.
Senaman
Jangan jadikan sakit itu sebagai alasan. Lakukan senaman sepanjang masa dan terus bergerak aktif. Senaman membantu meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan kadar pelepasan endorfin yang membantu untuk melawan rasa sakit.
Elakkan Minuman Yang Mengandungi Kafein
Kafein boleh menyebabkan tekanan pada peredaran darah. Sebaiknya, cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan pengambilan air atau minum jus.
Ambil Vitamin Seperti Vitamin B Dan Vitamin E
Pastikan anda menambah khasial kalsium dan magnesium dalam siet seharian anda seperti susu.
The post 5 Tip Mudah Untuk Merawat Senggugut appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment