Gincu yang sama tidak semestinya akan memberikan impak yang sama pada wajah anda. Gincu yang dipakai wanita berkulit cerah akan tampil berbeza berbanding dengan mereka yang berkulit gelap. Gincu yang sesuai dengan anda ialah gincu yang membuatkan senyuman anda lebih berseri serta tampak gigi lebih cerah. Jelita kongsikan tip menggayakan gincu rona terang.
Pilih warna kegemaran anda
Anda mungkin mempunyai gincu dengan warna kegemaran namun tidak berani menggayakannya kerana ragu-ragu dengan penampilan anda. Kini, tiba masanya untuk buang jauh-jauh perasaan ragu-ragu itu. Jika mahu mencipta gaya solekan yang lagi edgy dan seksi, anda perlu yakin dengan pilihan warna anda.
Pilih warna gincu yang sesuai dengan kulit
Paling penting dalam memilih warna gincu ialah sesuaikan dengan warna kulit. Untuk tahu warna apa yang sesuai dengan kulit, lihat undertone anda. Terdapat cara mudah untuk melihat undertone anda. Jika perhiasan silver terletak cantik dengan rona kulit ada maka anda sesuai dengan gincu rona dingin dan jika anda tampak cantik menyarung perhiasan emas, maka kulit anda serasi dengan gicu rona hangat.
Gunakan pensil bibir
Untuk bibir jenis nipis, gunakan pensil bibir untuk melakar bentuk bibir untuk efek bibir lebih tebal dan mungil.
Jangan berlebih dengan solekan anda
Jika anda menggayakan gincu rona terang, elakkan menyolek tebal di bahagian lain wajah anda. Biarkan bibir anda menjadi pusat perhatian sesiapa yang memandang. Jangan kerana terlalu ikutkan trend, anda jadikan wajah anda seperti badut.
Yakin dengan penampilan anda
Langkah terakhir untuk menggayakan gincu terang adalah yakin. Anda perlu yakin dengan penampilan anda. Anggap bibir anda tidak dioleskan dengan apa-apa. Jangan biarkan diri anda terasa janggal kerana secara tidak langsung anda akan menjadi tidak selesa.
The post Tip Menggayakan Gincu Rona Terang appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment