Gambar : TPGimages
Kim Kardashian West masih lagi dalam keadaan trauma atas insiden yang berlaku ke atas dirinya di Paris semalam. Bintang realiti itu telah dirompak oleh dua orang lelaki bertopeng dan bersenjata memakai pakaian menyerupai pegawai polis.
Kardashian menginap di sebuah apartment dua tingkat di The No Address Hotel Paris untuk menghadiri Paris Fashion Week serta ditemani oleh adik-beradiknya Kourtney Kardashian dan Kendall Jenner serta ibunya Kris Jenner. Namun suaminya, Kanye West tidak ikut serta kerana mempunyai konsert di New York.
Ketika kejadian tersebut berlaku, Kim dikatakan sedang berbaring dalam jubah mandi di dalam kamarnya. Secara keseluruhannya, isteri kepada rapper terkenal ini kehilangan dua telefon bimbit dan barang kemas dianggarkan bernilai US$10juta termasuklah cincin berlian bernilai US$4juta.
Menurut sumber terdekat kepada Kim yang memaklumkan pada media antarabangsa, “Kim telah diikat dan mulutnya dilekatkan dengan duct tape. Perompak tersebut juga telah menggunakan plastic ties dipergelangan tangannya, namun Kim berjaya meleraikannya secara perlahan-lahan.”
Sumber tersebut turut menyatakan yang mana Kim sememangnya takut tetapi dia hanya berdiam kerana dia tahu dengan berdiam dengan cara itu dirinya boleh survive. Dalam masa yang sama, Kim sebenarnya bimbang jika dirinya menjadi mangsa rogol.
Dua perompak tersebut beredar dari kamar berkenaan setelah mengambil barangan bernilai. Kim berjaya meleraikan ikatan dipergelangannya, dan terus bergegas lari ke balkoni hotel berkenaan dan lantas menjerit meminta pertolongan. Jeritan Kim didengari oleh sahabat rapatnya Simone Harouche, bekas stylist bintang ini yang mana berada di dalam sebuah bilik di bahagian bawah apartment bertingkat itu.
Simone mengunci dirinya di dalam kamar tersebut dan terus menelefon Pascal, pengawal peribadi Kim untuk memeriksa kamar Kim. Kanye yang mengetahui akan berita tersebut menyambut ketibaan pulang isterinya di New York. Kim terus mengambil penerbangan pulang dari Paris hanya beberapa jam selepas insiden mengerikan itu berlaku.
Mujur pada masa itu, Kim tidak membawa dua orang anaknya, North dan Saint kerana baginya ia lebih selamat untuk mereka berada di kota New York bersama bapanya.
“Kanye berasa yang Kim menjadi mangsa keganasan. Bukan hanya dirompak, malah Kim berada di satu situasi yang mana dia merayu untuk hidupnya, memikirkan yang dirinya akan dirogol. Dia diganasi dan dikasari,” menurut sumber itu lagi.
Sememangnya Kim masih lagi dalam keadaan trauma dan sedih tetapi sebaik pulang berada bersama anak-anaknya membuatkan keadaan dia bertambah baik.
The post Kim Kardashian Dirompak Dua Lelaki Bertopeng, Rugi US$10 Juta appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment