Gambar : Shutterstock
Bila si dia sudah menambat hatimu, tetapi anda pula sering tertanya-tanya adakah diri anda sentiasa dalam fikirannya? Jadi, EH! senaraikan beberapa tanda jika si dia memikirkan anda.
Bila dia asyik memberitahu setiap aktiviti yang dia lakukan
Mungkin ia satu petanda baik buat anda yang mendambakan jawapan adakah si dia sering memikirkanmu. Bila dia sentiasa memberitahu anda di mana dia berada dan dengan siapa dia bersama, tidak disangkal lagi akan persoalan siapa dalam hatinya.
Si dia selalu menghantar mesej sweet atau lucu
Pabila si dia sering menghantar mesej ucapan selamat pagi atau mungkin selamat malam. Jadi, ini adalah satu petanda yang anda sudah menjadi igauannya.
Kejutan istimewa
Perkara yang patut anda balas dengan penghargaan adalah pabila si dia sanggup membuat kejutan buat anda walaupun kecil tetapi sungguh bermakna. Bila si dia sanggup menjemput anda pulang dari kerja dan memberikan kejutan mungkin dengan hanya sekeping coklat kegemaran anda, itu sudah menjadi salah satu tanda yang anda sering berada dalam ingatannya.
Sumber : Cosmopolitan.my
The post Tanda-tanda Anda Sentiasa Dalam Fikiran Si Dia appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment