Kardigan mungkin bukan pakaian utama dalam setiap penggayaan, namun ia boleh menjadi item yang boleh ‘menambahkan perisa’ dalam setiap penampilan anda. Tidak kira sama ada anda bertudung atau tidak, kardigan sesuai untuk semua peringkat umur dan hadir dalam pelbagai bentuk dan potongan. Bercorak atau tidak, helaian ini sudah tentu menjadi pilihan wanita moden masa kini. Memandangkan ia sering pilihan ramai, Jelita membantu anda memilih lima kardigan yang wajib ada dalam gerobok anda!
- Kardigan terbuka (Open Cardigan)
Kardigan jenis ini sangat santai dan boleh digayakan dalam acara formal mahupun ketika ingin membeli-belah. Ia hadir dalam pelbagai saiz dan fabrik. Untuk gaya santai anda boleh cuba helaiaan yang lebih nipis seperti fabrik sifon manakala untuk acara rasmi dan formal, fabrik seperti kapas atau broked lebih sesuai.
2. Kardigan butang
Helaian ini mempunyai dua cara penggunaannya. Sama ada anda boleh gayakan dengan butang penuh atau dibiarkan terbuka dengan memakai blaus atau tiub pada bahagian dalam. Buat kaum muslimah, Jelita mencadangkan anda memilih potongan labuh dipadankan sama ada dengan seluar ataupun skirt labuh.
3. Kardigan tanpa lengan
Berhati-hati untuk gayakan item ini kerana jika padankannya kurang tepat ia mencacatkan penampilan anda. Kesemua ini bergantung kepada potongan dan cetakan yang ada pada kardigan anda. Sekiranya anda mahu menggayakan kardigan bercetak maka pakaian pada bahagian dalam perlu tampak kosong agar penampilan tidak kelihatan ‘sibuk’.
4. Kardigan lengan separa
Meskipun dikenali sebagai lengan separa namun untuk kaum muslimah, jangan hadkan penggayaan anda dengan mengatakan ‘tidak’ pada potongan jenis ini. Anda masih boleh memilih item ini namun perlu digayakn bersama inner lengan panjang.
5. Kardigan Tipis
Item ini sesuai untuk gaya ke pantai mahupun bersantai. Fabriknya lebih nipis dan berbayang menampakkan baju pada bahagian dalam. Kebiasaannya ia hadir dengan warna-warna terang dengan pelbagai jenis cetakan sarat seperti bunga-bungaan, geomatrik mahupun polos. Terpulang kepada tema penampilan yang anda mahukan.
Selamat mencuba!
*Sumber: Google
The post Lima Gaya Kardigan Yang Anda Perlu Ada appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment