Masa Untuk Kemas, Asing & Let Go!

jelita kemas mudah

Alah membeli menang memakai. Namun tak semua barang yang kita beli kita guna sehingga lusuh atau ulang pakai berkali-kali. Dan kala keluar jalan-jalan, ada saja barang yang nak dibeli dan bawa pulang penuhkan satu almari.

Dah begitu gaya hidup kebanyakan kita namun saban bulan gerobok yang tak seluas mana itu pun sarat dengan separuh baju yang anda sendiri tak sedar ada terperuk tak pakai kerana ia bukan baju favourite. Nak disedekah, mungkin tak bersesuaian dan mengaku sajalah anda tentunya sayang sebahagian wardrobe yang punya identiti peribadi itu.

Tunggu nak kurus mungkin jauh lagi perjalanannya dan stail anda waktu itu mungkin tidak lagi serupa. Jelita nak cadangkan beberapa langkah mudah untuk anda inventori almari anda dan dapat pulangan duit pada masa yang sama!

Tetapkan satu hujung minggu untuk mengemas sahaja! Tiada gangguan lain. Tiada waktu untuk tv, a jangan asyik nak belek telefon dan waktu makan tengahari juga harus anda korbankan. Sebaliknya ambil brunch untuk alas perut sehingga petang!

PUNGGAH ALMARI

Walaupun sebelum ini anda seorang yang OCD, tentu banyak juga barang yang anda letak tepi dek kerana sayang dan punya sentimental value tersendiri. Jika almari anda jarang berkemas, tentunya ada banyak ‘harta’ yang bakal anda jumpa dalam sesi memunggah ini.

TETAPKAN KUOTA

Melainkan anda ada almari sebesar adik beradik Kardashian, sudah tiba masanya anda hadkan amaun pakaian yang perlu disusun dalam almari semula. Silap haribulan, almari pun boleh roboh kalau dan bertimbun pakaian bersarang dalamnya.

ASINGKAN IKUT TAHUN

Takkan tak ingat bila anda beli baju tu? Semua pakaian yang baru adalah yang anda akan paling kerap pakai kini. Apabila sudah diasingkan, anda tentunya akan nampak jelas pakaian yang dah bertahun dibeli dan tak dipakai lagi akan berada di satu longgokkan arkib. Banyak pakar dalam seni declutter menyarankan untuk buang saja pakaian yang tidak dipakai lebih dari setahun. Sanggupkah?!

ASINGKAN IKUT KEPERLUAN

Aaaah! Ini  adalah antara sesi yang berbahaya. Buat kaki hoarder, semuanya ada keperluan bukan? No no no! Busana yang paling mahal anda miliki pun tentunya jarang dipakai lagi (sabar ya, Jelita ada usul lain untuk ini). Baju ala-ala winter mungkin boleh anda ketepikan dan simpan dalam kotak plastik atau bekas vakum. Bila nak cuti-cuti winter sonata nanti, kita bukanya semula ya.

TAMBAH RAK

Mungkin ada banyak busana yang lebih elok untuk anda gantung daripada dilipat bagi mengekalkan tekstur (seperti sutera, satin dan linen) dan lebih mudah untuk anda sarungkan dan peka dengan kewujudan baju itu. Juga baju yang anda rasa akan simpan selamanya (baju tunang 10 tahun lalu, baju konvo, dress ke majlis tahunan), mungkin lebih baik disarungkan dalam plastik atau beg khas untuk pakaian.

LET IT GO!

Hmmm sambil berkumandang lagu tema Frozen ni, sudah tiba masanya untuk anda ketepikan baju yang dah lama tersimpan dalam almari itu. Dan berita baik kerana ‘melepaskan’ kini pun anda boleh dapat untung! Ya, baju lama anda ada nilainya dan cara terbaik adalah menjualnya kepada mereka yang lebih memerlukan (dan muat!) busana kesayangan anda itu. Cukup senang untuk dapat buyer dengan menjualnya di mudah.my! Hanya snap foto busana yang ingin anda jual dan upload ke dalam listing. Sudah tiba masanya helaian yang anda simpan itu bertukar tangan. Juga berita baik kerana anda kini boleh shopping gaya baru (itupun jika ada ruang lebih untuk diisi ya!).

MENJUAL SECARA ONLINE

Jika anda bercadang untuk ‘berpisah’ dengan barang milik anda dan pastikan ada orang pembelinya, ada beberapa cara yang perlu anda ambil kira.

  1. Barangan yang disenaraikan adalah dalam keadaan yang baik dan tidak rosak/koyak atau dalam kondisi yang mencurigakan.
  2. Ambil foto dengan jelas (dan pencahayaan terbaik) dalam beberapa sudut dan zoom.
  3. Pastikan harganya juga berpatutan dengan pasaran semasa untuk produk terpakai seumpamanya.
  4. Diskripsi serta huraian produk yang diiklankan juga haruslah jelas dan jangan sama sekali mengaburi pembeli dengan menyatakan sebaliknya.
  5. Jika ada pertanyaan pastikan anda melayan pembeli berpotensi dengan baik.

 

The post Masa Untuk Kemas, Asing & Let Go! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment