Vokalis Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengumumkan dia bakal menikahi gadis pilihannya, Syarifah Ladyana pada hujung minggu ini.
Awie tidak berkongsi tarikh sebenar pernikahannya atas faktor keselamatan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Tarikh serta pemilihan lokasi sudah dipersetujui oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak menerusi perbincangna bersama sejak mereka bertunang pada 3 Jun lalu.
Menerusi temubual di sidang media Konsert Wings ke-30 tahun, Awie mengharapkan penjelasan ringkasnya tidak mengundang sebarang spekulasi dan berharap pengertiaan akan tindakannya tidak menwar-warkan tarikh pernikahannya.
Terdahulu, Awie melangsungkan pertunangan secara rahsia dengan Syarifah Ladyana di Pulau Pinang dengna dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Sebelum itu, Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama Arni Nazira Anuar pada 1998 dan bercerai setelah lapan tahun berkahwin. Pada 2006, Awie menikahi Rozana Misbun namun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2014.
The post Awie Bakal Nikah Lagi Hujung Minggu Ini appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment