Pejam celik, pejam celik dah nak kahwin dah. Amar Baharin dan Amyra Rosli kini sudah memulakan proses mengedar kad kahwin mereka.
Pasangan selebriti ini memilih rekaan kad undangan perkahwinan berona lembut dan ringkas dengan gambar mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Menerusi gambar tersebut, Amyra juga memegang sejambak bunga dengan persalinan berona putih seakan baju pengantin.
Majlis resepsi bahagian pengantin perempuan dijadualkan berlangsung pada 12 November nanti pada jam 8.30 malam di Grand Ballroom, Premiera Hotel yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Menurut Amyra, persiapannya menuju hari bahagia berjalan lancar setakat ini dan hanya tinggal beberapa perkara sahaja yang perlu diselesaikan. Dirinya berterima kasih dengan keluarga mereka kerana banyak membantu untuk segala persiapan dek kerana jadual kerja masing-masing yang cukup padat.
“Doakan semuanya mengikut perancangan. Saya bakal berangkat ke Dubai, Khamis ini untuk penggambaran drama bersiri, Isteri Tuan Ihsan,” kata Amyra kepada BH Online.
Pasangan sejoli ini bakal menamatkan zaman bujang mereka pada 11 November nanti. Manakala majlis resepsi pihak Amar pula akan berlangsung pada 19 November.
EH! ucapkan tahniah kepada Amar Baharin dan Amyra Rosli dan semoga segalanya berjalan lancar menuju hari bahagia kalian.
The post Amyra Rosli dan Amar Baharin Mula Edar Kad Kahwin appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment