5 Filem Ikonik Bollywood

Rata-rata rakyat Asia amat menggemari filem India atau lebih dikenali sebagai Bollywood. Apa yang membuatkan filem Bollywood ini menjadi tarikan ialah adegan tari-menari dan juga nyanyian yang ditampilkan di setiap filem dan jalan cerita juga amat menarik ditambah lagi dengan lakonan hero yang memikat hati seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan, Abhishek Bachchan dan ramai lagi. Jelita kongsikan 10 filem ikonik Bollywood sepanjang zaman.
 

diwale

Gambar: amazon.com


 

 
Diwale Dulhania Le Jayenge

Gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol adalah antara faktor yang menjayakan sesebuah filem Bollywood ini. Antara filem mereka yang mendapat sambutan ramai ialah “Diwale Dulhania Le Jayenge” yang ditayangkan pada 1995. Filem ini diarahkan oleh Aditya Chopra dan dianggap sebagai filem yang merubah corak dan gaya perfileman Bollywood. Filem ini turut dianugerahkan Filem Terbaik di Film Fare Awards dan juga tersenarai sebagai salah satu filem Bollywood yang ditampilkan dalam buku 1001 Movies You Must See Before You Die. Lagu-lagu yang dinyanyikan dalam filem ini juga masih menjadi top hits di India dan filem ini masih dimainkan di pawagam di India sehingga ke hari ini selama 20 tahun.
 

kuch-kuch-hota-hai

Gambar: amazon.com


 

 
Kuch Kuch Hota Hai

Filem terhebat sepanjang zaman. Filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini membawa kelainan dalam industri perfileman Bollywood kerana membawa ciri-ciri yang lebih moden. Watak Rahul dan Anjali yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol ini memang mantap dan masih segar dalam ingatan. Lagu Kuch Kuch Hota Hai juga menjadi lagu paling ikonik sepanjang zaman. Filem ini dihangatkan lagi dengan kemunculan Salman Khan dan Rani Mukerji.
 

taare

Gambar: tmdb.org


 

 
Taare Zameen Par

Filem ini diarahkan oleh Aamir Khan dan dia juga turut menjadi salah seorang dari barisan pelakon filem ini. Setelah dua tahun di tayangkan, filem ini kemudian diedarkan di Amerika Syarikat oleh Walt Disney Pictures di bawah tajuk “Like Stars on Earth”. dan sekaligus menjadikan filem ini filem Bollywood pertama di bawah naugan syarikat penerbitan Amerika. Mengisahkan tentang kanak-kanak disleksia yang berkomunikasi melalui imaginasi sehingga dia dibuli oleh rakan-rakannya. Semuanya berubah dengan ketibaan guru seni yang memahami cara untuk mengembangkan bakat kanak-kanak disleksia ini. Filem ini juga merupakan filem Bollywood pertama yang menggunakan teknik clay-animation.
 

3-idiots

Gambar: pinimg.com


 

 
3 Idiots

Filem yang diterbitkan pada tahun 2009, filem komedi ini meraih kejayaan hampir di seluruh dunia. Filem ini meraih box-office seperti di China dan Indonesia dan juga di Amerika. Mengisahkan tentang persahabatan tiga mahasiswa yang mempunyai masalah tersendiri sewaktu menuntut ilmu. Filem kolaborasi pengarah Rajkumar Hirani dan Aamir Khan ini telah diadaptasi ke filem Tamil.
 

kabhi-kushi

Gambar: tmdb.org


 

 
Kabhi Khushi Kabhie Gham

Salah satu filem Bollywood yang mendapat sambutan ramai. Filem arahan Karan Johar ini menampilkan barisan pelakon yang handal seperti Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor. Mengisahkan tentang hubungan keluarga dan juga percintaan antara dua darjat. Filem ini mendapat tarikan kerana gandingan pelakon yang mantap. Filem ini merupakan salah satu filem Bollywood yang meraih kutipan tertinggi di luar India.
 

The post 5 Filem Ikonik Bollywood appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment