Adakah Kerjaya Sekarang Memuaskan Hati Anda?

Mahu bertukar kerjaya? Ketahui lima perkara yang perlu anda persiapkan sebelum membuat keputusan meninggalkan kerja sekarang!

43297081 - bored young businesswoman holding paper and looking away while sitting on chair against grey background

 

Kenal Diri Anda

“Siapa diriku sebenarnya?” Soalan ini penting kerana ia merungkai personaliti dan citarasa individu. Pilihan kerjaya atau perniagaan yang menepati karakter dan kecenderungan menjanjikan kepuasan total berbanding pilihan yang dibuat atas dasar lain.

Bagaimanakah mengenali diri?

  • Senaraikan kelebihan dan kelemahan serta apa yang membuatkan anda ingin menukar kerjaya sedia ada.
  • Selesai senaraikan semua, buat penilaian terhadap apa yang ditulis. Sekiranya penilaian menjurus kepada anda peramah dan suka berkomunikasi dengan orang ramai tetapi kerjaya sekarang hanya melibatkan kerja “paperwork,” jadi anda tahu kerjaya seterusnya haruslah yang membolehkan anda mengembangkan kebolehan berkomunikasi tadi. Ringkasnya, ambil masa kenali diri terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan.

Penyebab atau alasan?

Tanya diri anda, apakah punca dan sebab anda mahu menukar kerjaya? Apakah penghalang utama anda untuk menukar kerjaya? Komitmen tinggi dan banyak, bagaimana mahu mulakan kerjaya baru sedangkan sudah bertahun bekerja di tempat yang sama. Adakah keluarga akan menghalang dan lain-lain. Mungkin semua ini hanyalah alasan berbangkit yang anda sendiri wujudkan dalam minda, kerana anda mungkin sebenarnya takut! Takut untuk mengorak langkah ke arah sesuatu yang baru yang tidak pernah dijejaki.

 

 

Pelan Terperinci

Apabila sudah mengenal pasti kerjaya atau bisnes yang diingini,anda perlu memiliki pelan terperinci bagi mencatat perjalanan anda daripada titik permulaan sehinggalah ke penghujung.

Antara yang perlu anda pertimbangkan:

  • Anda perlu jelas dan nyatakan pada diri anda apakah hasil yang dimahukandaripada kerjaya baru ini.
  • Anda perlu kenal pasti siapa yang dapat membantu anda mencapai matlamat ini, bila dan di mana anda dapat merealisasikannya dan cara hendak merealisasikannya.
  • Apakah peluang dan halangan yang anda lihat dalam mengejar kerjaya baru atau menjalankan bisnes tersebut?
  • Apakah sumber yang diperlukan untuk mencapai hasil kerjaya impian atau bisnes anda itu?

Percaya Pada Diri

Jangan ambil mudah, walaupun anda seorang berkeyakinan tinggi. Selain cabaran pertukaran kerjaya, tidak kurang juga ramai yang akan meragui kemampuan anda terutamanya dalam bisnes dan akan ada yang memperlekehkan kewibawaan anda. Kerana itulah anda perlu percaya diri sendiri sepenuhnya dan yakin bahawa apa jua impian anda, ianya tidak mustahil. Jadikan segala keraguan dan kata-kata negatif yang dilemparkan ke arah anda sebagai suatu motivasi.

The post Adakah Kerjaya Sekarang Memuaskan Hati Anda? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment