Hingga ke hari ini, pelakon Maria Farida masih dilebal sebagai perampas suami kawan baik sendiri. Tidak tahan isterinya dihina dan dikritik, Datuk Rahman telah tampil menjelaskn perkara sebenar.
Menurut Datuk Rahman, tidak pernah timbul isu rampas kerana beliau sendiri yang hendak “membuang” Karen Rayyan daripada kehidupannya. Datuk Rahman sudah lama memikirkan soal bercerai dengan Karen sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan Maria lagi.
Ini bukan soal siapa rampas siapa, memang saya yang mahu ‘membuang’. Saya bukan muda lagi, tidak perlu saya menipu semata-mata untuk berkahwin dengan orang lain. Saya mahu mencari kebahagiaan melalui perkahwinan baharu ini, itu sahaja sebabnya.
Pada usia sekarang, tiada apa yang diharapkan oleh Datuk Rahman kecuali seorang isteri yang mampu menjaga makan minumnya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.
Setelah tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Maria, Datuk Rahman akui pelakon itu menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik.
Saya seorang lelaki yang sangat ringkas. Isteri bagi saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Berada di rumah ketika saya ada, menyediakan makanan dan memberikan kasih sayang secukupnya, itu sahaja.
Sebelum berkahwin dengan Maria itu yang saya minta daripada dia. Kami sudah berbincang, itu sahaja permintaan saya. Maria juga jelas faham dengan apa yang saya mahu. Selepas hampir tujuh bulan berkahwin, saya melihat dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
0 comments :
Post a Comment