Prdouk Pencerahan Terbaru Daripada Simplysiti

Sistem pencerahan lengkap untuk kulit lebih cerah, berseri dan tona kulit sekata. Untuk Luminositi Menyeluruh!

image1 (1)

Datuk Siti Nurhaliza dengan produk keluarannya Simplysiti kini tampil dengan rangkaian produk pencerahan baru – Luminous White with 50X Pure White. Luminous White ialah rangkaian pemutih untuk golongan wanita yang menginginkan kulit cerah dan berseri. Ianya mengandungi X50 Pure White yang menjadikan kulit lebih cerah, berseri dan tona kulit yang sekata. Bukan sekadar mencerahkan kulit malah membantu memudarkan jeragat, bintik-bintik hitam dan tanda penuaan.

SIMPLYSITI LUMINOUS WHITE LOWRES GROUP

Dilengkapi dengan kandungan aktif seperti X50 Pure White, Punarnava Root Extract dari Himalaya dan Vitamin B3 yang menyediakan kulit 13 kali lebih cerah berseri dan 6 kali lebih berkesan memperbaiki tona kulit. Rangkaian produk terbaru ini menampilkan harga bermula dari RM25.90 sehingga RM 41.90.

IMG_0433

Dalam pada itu, himpunan usahawan dalam talian, Vendeur Festival berkolaborasi dengan Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikonik usahawan bagi penganjuran bazar mega kali ke sembilan yang akan dianjurkan Jun ini. VF Mega Lebaran 9,0 akan diadakan selama dua hari pada 18 dan 19 Jun 2016 di Pusat Pameran dan Konvesyen Matrade, Kuala Lumpur manakala 2 dan 3 Julai di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.

Himpunan kali ini bakal disertai kira-kira 240 jenama dalam talian tempatan terkenal dengan 30 buah trak makanan. VF Mega Lebaran 9.0 akan bermula seawal jam 10 pagi sehingga 2 pagi selama dua hari. Maklumat terkini tentang penganjuran ini, anda boleh ikutinya di Instagram : @vendeurfestival.

 

The post Prdouk Pencerahan Terbaru Daripada Simplysiti appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment