Gara-gara panggilan prank yang dilakukan oleh sebuah stesen radio yang dikendalikan oleh pelawak Tauke, segelintir warga laman sosial menyuarakan pendapat mereka di Twitter dan dalam masa yang sama membuatkan Tauke turut menyatakan pendiriannya.
Selain stesen radio tersebut turut memberi maklumbalas mengenai insiden tersebut, Tauke juga mendedahkan bahawa mangsa panggilan tersebut sebenarnya adalah rakannya di aplikasi karaoke Smule dan niatnya hanyalah untuk menolong rakannya itu lebih dikenali.
Isi yang cuba disampaikan oleh netizen ialah jika mahu buat prank, sepatutnya bukan dengan memberi harapan kemudian mengecewakan orang lain. Apa yang diperkatakan oleh Netizen ada benarnya.
0 comments :
Post a Comment