Pelakon, Fasha Sandha menerusi laman sosial Instagramnya hari ini memuat naik status yang merujuk kepada permasalahan yang dihadapinya bersama bekas suaminya, Jejai.
Status yang dimuat naik itu dilihat seperti rasa tidak puas hatinya terhadap penafian Jejai yang didakwa Fasha mengganggu kehidupannya. Antara status yang dimuat naik ialah “tunggu dan lihat, kebenaran akan muncul”.
Fasha juga dilihat memuat naik status yang berbaur kekecewaan dalam akaun Instagramnya. Ungkapan yang dimuat naik ialah “Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya”.
“Jadi jangan lupa, negara ada undang-undang, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin. Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah, tetap salah,” kata Fasha.
Terdahulu, Fasha mendakwa, bekas suaminya menceroboh kediaman dan mengganggu kehidupan peribadinya selepas mereka bercerai Januari lalu.
Jejai bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan dirinya.
Sumber: Utusan Malaysia
0 comments :
Post a Comment